VIP Dedaun Alam

Wednesday, February 8, 2012

Taman Lagenda @ Lagenda Park, Langkawi

Tuan puteri bergambar di laluan masuk utama ke Taman Lagenda. Taman Lagenda dibuka kepada umum pada tahun 1996. Ketika itu, bayaran masuk dikenakan tetapi sekarang masuk adalah percuma. Taman ini dibina di atas tanah tebusguna seluas 50 ekar. Di tempat tuan puteri saya berdiri ini dahulunya adalah pantai dan lautan. Taman Lagenda terletak kira-kira 400 meter dari Jetty Point iaitu selepas Dataran Lang.

Taman Lagenda dibina atas idea dan ilham daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Taman ini dibina dengan arca dan binaan yang menunjukkan lagenda dan mitos Pulau Langkawi.

Laluan yang dipayungi oleh pokok pukul lima dan diapit oleh terusan di sebelah kiri dan tasik(kanan).

Posing di laluan yang menjadi trek untuk joging.

Tasik yang tenang. Mendamaikan jiwa dan perasaan.

Penat berjalan. Rehat sebentar di atas 'ular'. Itu yang si kecil ini bayangkan mengenai dengan binaan ini. Di hadapan tempat rehat ini terdapat arca belanga pecah, kuah dan kisap. Ketiga-tiganya merupakan nama tempat di Langkawi yang berkaitan dengan mitos dan lagendanya tersendiri.

Tasik yang dipenuhi dengan pokok telipok. Tasik ini mewakili tempat yang diberi nama Pulau 
Gubang.

20 comments:

  1. model bagi kerjasama dgn baik...eehe...lama x dtg cni teringat plak time naik basikal kat cni...ade lagi ke basikal sewa 2?

    ReplyDelete
  2. Sblm ni model kecik tak suka bila abe nk snap gmbr dia tp skrg dh bg kerjasama baik bila tgk gmbr koko dlm kamera. Dia pn nk ada dlm kamera mcm koko..hehe.. Kedai sewa basikal tu rasanya dh takdak tp org kayuh basikal tu ada.

    ReplyDelete
  3. laa dah xde ke?x best la cam 2...letih nk jln2 pusing dlam 2..

    ReplyDelete
  4. si ekcil nau kerjsama penuh nmpknya tuh.
    Aik tadak dah ke arca tangan mat cincang dok berlawan kat taman lagenda ni..masa pi dolu2 ada kat kwsn berbukit sket...dah lama sangat tu

    ReplyDelete
  5. Cantiknya laluan yg diapit pokok tukul lima tu, tenangggg je... Bapa umo model tu... Hehehehe

    ReplyDelete
  6. last pergi langkawi 2007....mesti banyak berubah dah

    ReplyDelete
  7. lama nya x ke langkawi.. pernah ke ayu ke sni dolu2.. tak ingat la

    ReplyDelete
  8. @ezzyra
    Kedai yg sewa basikal tu dh takdak tp ada sebuah lagi yg buka. Tak pasti ada buat bisnes sewa basikal ke tidak. Nti abe gi usya tgk. Nis rilek je berjalan2 dlm tu dkt 2 jam. Yg best, dia tanya..'Awat org lari abah?'. soalan ni muncul bila dia tgk org berlari2(joging)..hehe.. Lps tu nk tiru org joging.

    ReplyDelete
  9. @lina_pg
    Nis dh suka bergambar skrg ni. Sblm ni mmg tak suka bila nk snap gmbr dia. Arca tu masih ada. Nti ada dlm smbgn entri ni.

    ReplyDelete
  10. @Melati Qistyna's Mummy
    Laluan ni memang cantik tp masa snap gmbr ni, pkk pukul lima baru nk keluar daun. Kalau rimbun daunnya lagi cantik sbb teduh dan nyaman. Model tu minggu depan cukup 4 tahun umurnya.

    ReplyDelete
  11. @muaz_kkgp
    Dh lima tahun tuan tak sampai ke sini. Dh byk perubahan kat sini berbanding pada tahun 2007. Kompleks Pekan Rabu depan balai polis trafik dh ada skrg, dulu kwsn tersebut adalah laut.

    ReplyDelete
  12. @ayunalisa
    bila kali last ayu dtg sini? Masa abe kawin dulu kot..hehe.. Rasanya ayu tak penah masuk dlm taman ni.

    ReplyDelete
  13. insyaAllah bulan 10 tahun ni saya..bercuti kat langkawi

    ReplyDelete
  14. Bln 10 ni tuan nk dtg bercuti ke sini ye. Kalau ada kesempatan mgkn blh kita bertemu..

    ReplyDelete
  15. x nmpk gmbr..huhu.. xleh nk komen..

    ReplyDelete
  16. waaa...cute nya model....
    tapi paling suka tengok pokok telipok tu...
    dah lama teringin nak ambik gambar bunga ni tapi tak pernah dapat..ada je aral..

    ReplyDelete
  17. @alla
    Tak nmpk gambar? Alla guna internet cap ayam la tu..haha.. Browser guna yg mana?

    ReplyDelete
  18. @eita
    Pokok telipok mmg cantik bila ia berbunga dgn byk. Dtg la sini, blh la nk snap gmbr bunga telipok tu.

    ReplyDelete
  19. last p ms kursus kt lgkw..k.mein preggy kt nis.. thn 2006 @ 2007 rsnya,,

    ReplyDelete
  20. Thn 2007, bkn 2006 sbb Nis lahir 2008. Abe pn dh tak igt Ayu dtg kursus kat sini dulu. Ni br igt semula..hehe..

    ReplyDelete