VIP Dedaun Alam

Wednesday, August 17, 2011

Jus Rambutan

Jus rambutan yang menggunakan rambutan klon anak sekolah.

Rambutan anak sekolah masih banyak di pokok tapi dalam bulan Ramadhan orang kurang minat untuk makan buah rambutan pada waktu  malam. Buah rambutan semakin ranum dan ada yang telah gugur ke bumi. Dalam bulan Ramadhan ni berbagai jenis minuman yang dijual di bazaar Ramadhan dan kita hanya mendapati jus atau minuman adalah sama setiap tahun. Dan kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan 'menyelamatkan' buah rambutan daripada terbiar, jus rambutan ini adalah jawapannya. Pasti tak ramai yang pernah mencuba atau merasa jus rambutan ni. Mungkin ini kali pertama mendengar jus rambutan. Jus rambutan ini dibuat menggunakan rambutan anak sekolah. Untuk membuat jus ini pun agak mudah, saya gunakan +-500 gram buah rambutan, kupas dan isi rambutan diasingkan daripada bijinya. Masukkan isi rambutan ke dalam balang mesin pengisar bersama air, sedikit gula dan ais. Kisar sehingga hancur. Hasilnya seperti dalam foto, jus rambutan menjadi warna putih secara semulajadi. Rasanya sangat sedap dan asli. Nyaman tekak semasa berbuka puasa.

14 comments:

  1. buah2 ni kalau bulan puasa gitulah....
    malam dah kenyang dgn makanam lain......kalau ada pun usik 2/3 biji je.....

    sedap ya jus rambutan tu...tak rasa memek,...........rasa yg susah nak dihuraikan......kepada org luar...

    cuba isi susu,...tentu lagi sedap...........

    ReplyDelete
  2. Bln2 puasa ni org jrg nk mkn buah tp aya pernah makan buah rambutan, dokong dan manggis waktu sahur.. Blik dari tarawikh pn lg mkn buahan..hehe.. Pagi tadi pn mkn buah pisang mantan yg dlm n3 sblm ni..dh msk. Kalau dibiar..busuk begitu saja. Jus rambutan ni mmg sedap.. Cikgu blh cuba buat. Nk buh susu tu risau pulak...takut perut meragam.. Tambah sirap atau jus limau mmg sedap. Mgkn akn dibuat lps ni.

    ReplyDelete
  3. Assalam, sedapnya jus rambutan, akk tak pernah buat lagi, selalu beli sekilo 2 je abis mkn gitu, x smpt nk pk buat jus hehehe. tentu nyaman lalu kat tekak ni

    ReplyDelete
  4. As salam kak rosa, jus rmbtn ni yg ptama i buat. Semua proses sendiri je. Dr petik buah hingga ke minum..hehe.. Mmg sdp rasa jus rmbtn ni. Yg kat sini takat kilo2 dh tp pokok2.. Syg betul tgk buah yg makin ranum kat pkk skrg ni..

    ReplyDelete
  5. sekali tengok cam smoothie dah tu kaler putih cam boh susu segar plak...glup..glup ah..nyaman

    ReplyDelete
  6. Sekali tgk mcm buh susu tp itu warna asli dr buah rmbtn tu.. Rambutan segar dr ladang...trs diproses dn minum waktu bbuka.. Sungguh nyaman..hehe..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum en daun.
    jus yg sedap, segar n berkhasiat ni tp klu tak blh minum air batu hanya kisar dgn air biasa rasanya sedap jugakan? akk mmg alah minum air batu nnti mulalah tekak perit n hidung berair. hehe...
    rajinnya en daun, nak minum buat sendiri, untung mahsuri. tambah erat kasih sayang.:))

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumusallam kak anis,
    Jus rambutan ni saya akui sedap dn sgt asli rasanya. Blh kalau akak nk blend tnpa ais. Buh ais tu sbb nk bagi sejuk je. Masa saya proses jus ni, mahsuri baru siap buat jus durian belanda dn dn sediakn juadah bbuka puasa. Tlg isteri tu kn baik..hehe..

    ReplyDelete
  9. miera nk jus rambutan =(heee, oke, terliur tgk

    ReplyDelete
  10. Dh abis la jus rambutan tu MiErA.. Kalo nk nanti saya buatkn.. Tak pn MiErA buat sendiri..hehe..

    ReplyDelete
  11. Aah kan, x Penah tergerak ht nk wat jus :)

    ReplyDelete
  12. Kita dh terbiasa dgn jus readymade yg dijual di pasaran. Jus rambutan ni mmg org tak jual buat masa skrg. Bahan mentah dh ada, apa salahnya kalau mencuba. Ia ternyata sedap.

    ReplyDelete
  13. sedapnya.....kena cuba ni,dah puasa ke 23....kejap je

    ReplyDelete
  14. Sdp jus rambutan ni sbb rasanya asli dn segar.. Blh cuba buat.. Hr ni dh puasa yg ke 23.. Sekejap je masa berlalu..

    ReplyDelete