VIP Dedaun Alam

Tuesday, July 12, 2011

Sulur Keladi

Sulur keladi daripada pokok induk. Sulur keladi ini boleh dijadikan bahan makanan/masakan. Biarpun pokok keladi dan ubinya tidak boleh dimakan disebabkan kegatalan tetapi sulurnya sedap dibuat beberapa jenis masakan.

Anak pokok keladi mulai tumbuh pada bahagian hujung sulur. Inilah cara pokok keladi membiak, ia juga membiak melalui ubi.

Sulur keladi mungkin antara sayuran tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi sekarang. Malah ada yang tidak mengenali dan melihat sulur keladi. Apatah lagi untuk makan masakan daripada sulur keladi. Sulur keladi sebenarnya salah satu cara keladi membiak. Apabila tida masanya, pokok induk keladi akan mngeluarkan beberapa sulur yang akan menjalar agak jauh darinya. Sulur ini akan mengeluarkan tunas dan bercambah menjadi anak pokok keladi. Sulur yang masih muda, diambil dan boleh dijadikan beberapa jenis masakan seperti asam rebus, masak asam, sambal tumis dan lain lain. Ada sesiapa yang ingin merasa masakan daripada sulur keladi? Sulur keladi ada dijual di sesetengah tempat dan ia juga dipandang sepi oleh sebahagian besar generasi sekarang.

20 comments:

  1. Assalam, ooo gitu ke, sulur tu tak gatal ek, kita pernah makan ke dulu2, tapi la ni mmg sah akk tak prnah makan ni, jual2 pun mmg tak beli heheh..tapi kalo org tua yg masak mmg makan la,

    ReplyDelete
  2. As salam kak rosa, sulur keladi ni blh mkn biarpn pkk dn ubinya gtl. Sulur tu kna 'sepat' atau siat kulit arinya dulu.. lps tu celur. Dulu bonda sllu msk mcm ni. I yg gi kutip sulur keladi kat tepi bendang dn blkg umah..

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan sulur keladi,tapi sayur keladi memang suka...keladi kemahang lagi sedap.dapat ilmu baru ni,kena cuba...

    ReplyDelete
  4. Resepi mskn sulur keladi ni blh cr online atau tnya sapa2 yg biasa buat/mkn. Tak smua keladi blh dibuat sayur sbb ia gatal atau miang. Sy pn suka mkn sayur asam btg keladi.

    ReplyDelete
  5. Adry...
    Sulur keladi........
    biasa buat singgang.......asam keping, bawang putih, bawang merah sikit,lengkuas,lada hitam sikit,......garam secukup rasa.....air....
    asam lebih sikit....singgang masam..
    macam kita masak air, kacang bendi...

    Keladi....
    keladi yang sedap Keladi pinang....
    isi dia ada kemerah-merahan,...
    kalau singgang isi lagi sedap....lembut je.....manis...

    nanti saya entrikan keladi pinang...........

    ReplyDelete
  6. sulur keladi ni kalau wat asam pedas sodap ni..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum en daun.
    dulu2 akk pn biasa mkn masakan dr sulur keladi ni. dulu senang nak dpt sbb arwah mak akk banyak tanam pokok keladi. kakak2 akk pandai siang sulur keladi ni, akk ms kecik2 pn suka tgk kakak2 siang tp arwah mak la yg masak sbb bapa akk lbh suka makan masakan arwah mak.
    di pasar satok akk lum jumpa org jual sulur keladi, kebanyakkannya btg keladi n ubinya. mkin akk terlepas pandang. insyaAllah nnti klu g sana akk nak tny2 la cuma takut diaorg guna nama lain utk sulur keladi ni, hehe...

    ReplyDelete
  8. :zul permatang badak
    Sulur keladi mmg best jika dimsk asam rebus atau masak asam. Buat sambal pn best. Mskn simple tp sdp. Mskn gna sulur keladi ni blh kira sbg mskn tradisional. Jrg org nk msk dn kenal. Keladi pinang sy sllu beli masa blik kg hjg thn. Ada tnm kat sini. Ubi keladi pn dh ada dlm n3 blog ni. Ubi keladi pinang rebus pn sdp, buat pengat pn sdp...

    ReplyDelete
  9. :lina_pg
    Slur sdp kalo kita buat asam rebus atau msk asam.. Msm2..masin skt..

    ReplyDelete
  10. :anis
    Wa'alaikumusallam kak anis, Akk pn biasa mkn mskn drp sulur keladi ni ye. Sdp kn rasanya.. Arwah mak akk tnm pkk keladi tu rasanya pkk keladi yg blh dimkn ubi dan btgnya. Nk siang sulur keladi ni kena siat kulit luarnya..lps tu potong ikut saiz yg dikehendaki. Cuba akk tgk kat psr Satok, mgkn ada org jual sulur keladi ni. Biasanya org dh potong2 dn ikat sulur keladi utk dijual. Mgkn jg kat S'wak, diorg gna istilah lain utk sulur keladi ni.

    ReplyDelete
  11. kalau namanya keladi, makan pandailah, masak tak berani sbb pernah masak lepas tu gatal2 tekak.

    ReplyDelete
  12. Teringat maskan mak asam pedas tu..Terbaikkkkkkk

    ReplyDelete
  13. :sayangsayangibu
    Sya msk keladi apa yg jd gtl2 tekak tu. Biasanya keladi yg org jual di pasar drp jnis yg x gtl. Utk elak gtl, kulit ari pd btg(pelepah) keladi perlu disiat, dn lbh baik dicelur dulu sblm dimasak. InsyaAllah keladi tu x gtl.

    ReplyDelete
  14. :ziana
    Biasanya masakan mak yg terbaikkk tp anak mak pn blh jd terbaikkk juga kn....

    ReplyDelete
  15. As-Salam ADRY
    Sulur ni sebenarnya = akar? Atau = batang di dalam tanah? Teruja dgn maklumat Adry tu. Kalaulah terjumpa, tentu akan segera beli dan buat masak asam. Yg biasa makan = batang & ubinya dimasak asam atau masak lemak. Benarkah pucuk muda keladi juga boleh dimasak sebagai sayur?

    ReplyDelete
  16. jap.. serius x tau kata keladi ada ubi...

    http://1.bp.blogspot.com/-A7mutUS-7m4/TbUZIiWfIjI/AAAAAAAABAo/fxqPmyngNKw/s1600/Final%2BEyza.jpg

    ReplyDelete
  17. :Temuk
    As salam cikgu, sulur sebenarnya cara pkk keladi membiak. Bila smpai masanya, pkk keladi akn mengeluarkn beberapa sulur dr bhgn pgkl pkk. Sulur (rujuk foto atas) ini akn menjalar di atas tnh. Ia blh mcapai pjg lbh 1 meter drp pkk induk. Ada di sesetengah tmpt, sulur keladi djual di pasar basah. Pucuk muda keladi juga blh dimasak bsama btg dn ubinya. Saya biasa mkn..tp pucuknya mestilah drp jnis keladi yg tdk gatal spt keladi pinang atau keladi johor.

    ReplyDelete
  18. :MiZi
    Welkam to my blog ya MiZi... Sllu tgk di blog kak rosa dan agie. Keladi ni mmg smuanya ada ubi tp tdk semua blh dimkn. Ubi keladi pinang plg sdp. Nk tgk ubi keladi pinang blh rujuk di Rujukan Dedaun Alam (sblh kiri blog ni).

    ReplyDelete
  19. Salam,. Mohon izin tuan punya blog untuk linkkan entri ni. Terima kasih ye.. :)

    ReplyDelete
  20. As salam, ok diizinkan oleh tuan kebun.

    ReplyDelete