VIP Dedaun Alam

Tuesday, July 19, 2011

Kelulut

Kelulut membuat sarang di rekahan kayu.

Kelulut bersaiz lebih kecil daripada lalat rumah. Kelulut sedang mengumpulkan sisa madu di pintu masuk sarangnya.
Kelulut merupakan antara 33 jenis spesis lebah trigona yang tidak mempunyai sengat. Kelulut adalah antara agen pendebungaan yang penting. Saiznya yang kecil membolehkan kelulut melakukan proses pendebungaan pada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah. Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Kelulut bersaiz kecil dan biasanya hidup di hutan dengan membuat sarang pada pokok yang mati. Madu kelulut dikatakan menjadi kegemaran beruang kerana ia mudah untuk diambil. Sarang yang dibina oleh kelulut biasanya di tempat yang rendah. Walaupun madu yang dihasilkan oleh kelulut tidak banyak seperti madu lebah tetapi khasiatnya adalah sama. Madu kelulut berwarna agak gelap dan cair.

Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi. Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

16 comments:

  1. Sekarang ni susah nak jumpa kelulut...ialah hutan pun dah ditebang.......banyak kaw hutan kecil ia itu semak samun dibangunkan untuk perumahan.............

    Kelulut bergantung hidup pada hijau alam.........
    rumah kg,banyak yg bertiang tinggi,pada kekuda lantai itulah tempat kelulut bersarang.....bila senja menerpa.....terasa seram kelulut menghurung muka......meremang bulu roma,rumah nenek jauh dari kejiranan.......

    ReplyDelete
  2. Kelulut pn dh nk pupus krn tmpt tinggalnya byk yg dimusnahkn.. Kelulut ada juga dibela di kawasan pertanian sbg agen pendebungaan dn ada org yg mbela kelulut utk madunya.. Rasanya sekilogram madu kelulut bnilai RM90.00. Di kwsn kg kelulut biasa buat sarang dicelahan kayu. Di kg saya dulu, ada keulut yg buat sarang dlm kayu tiang bhgn dapur. Bila kita dekati sarangnya, kelulut ini akn masuk ke dalam rmbt dn mlekatkn badan pada rmbt.. Itu cara mereka pertahankan rumah mereka...biarpn nyawa menjadi galang gantinya.

    ReplyDelete
  3. assalam en daun, ingat dulu kt umah kg mak, ada kelulut suka sangat pulah rambut hehehe, silap2 lubang hidung pun dia masuk hehehe

    dh lama xdak menda ni, ni dpt kat mana

    ReplyDelete
  4. kelulut! igtkn nme tempat kt terengganu td. hee

    ReplyDelete
  5. :Kak Rosaliza
    As salam kak rosa, dulu ada kelulut yg buat sarang kat tiang umh kat kg, bila kita gi dkt sarang, mereka akan masuk dl rmbut dn 'pulit' rmbut kita.. Nk buang punya la pyh. Tu la cara diorg mpertahankn sarang dr di serang musuh. Biar mati...rumah dn ank cucu ttp dipertahankn. Kelulut ni buat sarang kat frame tingkap umah. Rasanya tak ramai org knl dn biasa tgk kelulut ni..

    ReplyDelete
  6. :Aki
    Mmg ada nama tmpt di Terengganu yg diberi nama Kelulut. Ia mgkn diambil smpena pkk kelulut(pulut-pulut) atau lebah kecil yg namanya kelulut ni.

    ReplyDelete
  7. eee, peliknya nama serangga tu, baru taw ni :)

    ReplyDelete
  8. :sayangsayangibu
    Serangga spesis lebah ni namanya kelulut. 1Malaysia panggil ia sbg kelulut. Mhl tau madu kelulut ni sbb pyh nk dpt.

    ReplyDelete
  9. :Anis Zafirah
    Hehe..pelik ke nama kelulut tu?? Anis tak penah dgr tu yg dgr mcm pelik.. Ni msti tak penah tgk kelult kn...

    ReplyDelete
  10. boleh makan madunya
    baru ku tahu jugak ;p

    ReplyDelete
  11. Madunya blh dimkn dn khasiat sama dgn madu lebah. Ada org ternak kelulut ni..

    ReplyDelete
  12. ada sarang kt pintu umh..cane nk buang n hapuskn?x kesah nk buat srng tp jgn la kt dpn pntu msuk..

    ReplyDelete
  13. Cara nk buang srg kelulut mmg tak ada sbb kalau nk buang kna buang tmpt yg mereka bersarang tu..Kelulut tdk bsarang spt lbh, sarangnya jauh ke dlm ruang/rongga kayu. Nk bunuh kna gna racun serangga tp kesian pulak kat serangga kecik yg byk bjasa kpd alam tu. Biasanya kelulut akn kmbli bsarang ke tmpt asal usulnya..

    ReplyDelete
  14. Amat berminat..... Kelulut amat berpotensi sebagai sumber pendapatan....

    ReplyDelete
  15. Kelulut juga blh dibela spt lebah tp nak dapatkan kelulut ni payah sikit kot. Potensi pasaran sgt besar krn tak ramai org mengusahakannya.

    ReplyDelete