VIP Dedaun Alam

Wednesday, July 6, 2011

Biawak Pasir

Biawak pasir yang mempunyai corak badan yang cantik.

Pernah dengar nama biawak pasir? Mungkin ramai yang belum melihat rupa biawak pasir ini. Dedaun Alam kali ini memperkenal reptilia yang jarang dilihat. Biawak pasir atau dikenali dengan nama biawak kojai adalah antara spesis biawak yang terdapat di Malaysia. Biawak pasir biasanya ditemui hidup di kawasan tanah berpasir seperti tepi laut atau sungai. Ia bersaiz sederhana dan panjangnya kira-kira 30cm. Reptilia ini tinggal di dalam lubang yang dikorek dalam tanah. Apabila ada musuh, ia akan berlari dengan pantas dan akan berhenti sambil mengangguk kepalanya jika keadaan dirasai selamat. Tidak seperti saudaranya, biawak pasir tidak boleh memanjat.

12 comments:

  1. Hehe...ni acara selingan je.. Bewak ni pn isi alam juga.

    ReplyDelete
  2. kocik je tuh..cam cicak jerr..tp comey lak ada kaler hehehe

    ReplyDelete
  3. Dh hbis besar dh bewak ni. Comel sbb ada kaler.. Nis tgk bewak ni kalut nak ambik 'buwok'.. Bsungguh2 nk ambik, last2 suruh dia g ambik.. Apalagi blari la dia nk g ambik 'buwok'. Biawak pn x tggu..ts mlarikn diri...masuk lubang..hehe..

    ReplyDelete
  4. selalu jumpa....boleh besar lagi biawak ni..kawan2 bukan seagama,kata biawak ni dia orang tak makan...kurang sedap

    ReplyDelete
  5. Yg boleh mbesar lg tu mgkn spesis lain sbb yg ni saiz maksimumnya hnya sebesar lengan bayi.

    ReplyDelete
  6. geli....eee....tokke ape kabar?hehe

    ReplyDelete
  7. Nis tak geli pn...siap nk ambik lagi. Tokke mkin bsr dn jinak.. Suara pn dh lantang..

    ReplyDelete
  8. nama species apa?kat universiti saya banyak biawak ni,comel giler..

    ReplyDelete
  9. Orang cina sangat suka biawak ni. Dulu saya tangkap dan jual dengan harga RM 0.50 sahaja. Cara menangkapnya pula amat mudah, iaitu dengan memasang jerat di lubang. Kini jumlahnya amat berkurang dan semakin pupus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcmana buat jerat biawak pasir?kat tmpat kje ade ni 2 ekor..

      Delete
  10. Boleh saya tahu...apakah makanan yg biawak pasir ini makan ?

    ReplyDelete