VIP Dedaun Alam

Sunday, June 26, 2011

Pulau Tuba

Pulau Tuba adalah salah satu di antara 104 (bukan 99 buah) buah pulau di gugusan Pulau Langkawi. Ia merupakan pulau kedua yang mempunyai penduduk. Keluasan Pulau Tuba lebih kurang 20 km persegi dengan kepadatan penduduk seramai 5000 orang. Pulau Tuba terletak berhampiran Pulau Dayang Bunting.

Jeti Marble antara jeti untuk ke Pulau Tuba. Satu lagi jeti yang menyediakan perkhidmatan bot ke Pulau Tuba adalah di Jeti Pelancongan, Pekan Rabu. Bot laju (dalam foto) mengambil masa 7 hingga 10 minit untuk sampai ke jeti Pulau Tuba (berdasarkan kekuatan enjin bot dan jumlah penumpang)

Bot laju berlabuh di jeti Pulau Tuba. Untuk sampai ke sini, tambang bagi setiap orang dewasa adalah RM5.00 sehala.

Pemandangan di Pulau Tuba. Sawah padi yang terbiar tanpa diusahakan seperti dulu kerana faktor jentera dan pengairan.

Pemandangan di sebuah perkampungan nelayan. Bot nelayan yang berlabuh ketika air surut.

Jeti nelayan. Si kecil yang sedang menikmati keindahan alam di sini.

8 comments:

  1. amboi model kecil tu ngah mengelamun hehehe..rambut menten didandan

    ramai gak penduduk pulau toba tu..ada ms kalau gi langkv nk pi pulau2 lain lak..bila tu xtau lagi.Tggu banglo siap dulu la hihihi

    ReplyDelete
  2. Hehe..model kecil tu bkn mengelamun tp asyik tgk bot nelayan. Nis bkn blh tgk bot, msti kalut minta nak naik bot.. Ramai jg penduduk kat situ, pulau lain mmg tak blh diduduki krn faktor mukabumi. Untuk island hopping, blh chater satu bot, RM480 utk 8 org penumpang dewasa.

    ReplyDelete
  3. Assalam, abe ngah pernah pg p.toba tu, bestnya, akk pun kalo ke lgkawi mesti nk g pulau toba gak, tulah nk tunggu bunglo siap dulu hehehee...

    wah comel lote model tu, jauh merenung masa depan, cantik nmpk pulau nikan

    ReplyDelete
  4. As salam kak rosa, kat sini abe ngah bsukan dn bmlm di homestay. Nk pusing pulau, kita blh chater satu bot. Diorg akn bw ke 3 buah pulau. Dyg Bunting, Beras Basah dn Singa Besar. Banglo lmbt lg nk siap. Pulun buat sorang...huhu..

    Nis tu bkn merenung masa depan tp dok tgk bot 'rosak'. Dia igt bot rosak sbb hmpir semua terdampar atas pasit dn selut, bkn di atas air spt biasa. Tu pn sibuk nk naik bot..haha..

    ReplyDelete
  5. As-Salam ADRY
    Wah, wah ada model cilik ayu!

    Di Pualu Tuba tu mudahkah kalau ada orang nak cari lot kecil utk tapak buat pondok? Tentu mahal sangat, ya? Sayang betul ada sawah terbiar kat situ. Tanaman lain tak ada yang sesuaikah? Dah 5 tahun lebih tak ke Pulau Mahsuri ni! Kena buat plan la.

    ReplyDelete
  6. Haaa, ya dah terkena panggilan pulau..

    ReplyDelete
  7. :Temuk
    As salam cikgu, Di Pulau Tuba mgkn ada lot yg org nk jual tp biasanya lot tanah yg luas. Sawah yg terbiar mmg tdk diusahakan tnmn lain, agk merugikan. Saya tgk byk kerbau dn lembu yg bebas berkeliaran mragut dlm sawah terbiar tu. Kat Langkawi harga tnh utk lot rumah biasanya dlm RM35K-RM45K. Hrga tnh kat mmg tinggi.

    ReplyDelete
  8. :zul permatang badak
    Hehe..mmg dh tkena panggilan pulau ni.

    ReplyDelete