VIP Dedaun Alam

Wednesday, June 1, 2011

Limau Nipis

Pokok limau nipis akan mengeluarkan buah setelah berusia dua tahun ke atas.

Nama Botani : Citrus aurantifolia
Famili : Rutaceae

Limau nipis merupakan antara spesis limau yang sangat digemari dan biasa ditanam di negara ini. Ia mepunyai pelbagai kegunaan dalam masakan, minuman, perubatan dan kegunaan secara tradisonal. Buah limau nipis berbentuk bulat, berukuran 2.5cm – 5cm. Kulit buahnya berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi hijau kekuningan, licin dan berkilat setelah masak. Isi limau nipis agak berair dan masam rasanya. Pokok limau nipis mencapai ketinggian sehingga 5 meter. Ia boleh hidup di hampir semua jenis tanah tetapi lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis berpasir. Pokok limau nipis tidak sesuai ditanam di kawasan berair dan kawasan yang sering ditenggelami air. Pokok limau nipis mula berbuah di antara umur dua hingga tiga tahun selepas ditanam.

Buah limau nipis kaya dengan vitamin A dan C. Ia biasa dijadikan perisa masakan dan minuman. Di Kelantan, terdapat minuman jus limau nipis yang dikenali sebagai 'singa beng'. Jus ini dihasilkan daripada perahan jus buah limau nipis segar dicampur bersama air masak, gula dan ais. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Ia juga berguna untuk melegakan perut dan mengatasi masalah penghadaman.

Ia juga digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur. Buahnya juga sering kali digunakan untuk mengilatkan kuku dan menghilangkan bau badan. Kuli buah limau nipis juga dapat mengurangkan pening atau sakit kepala dengan cara memicit kulit  nipis dan menghidunya. Buah limau nipis juga digunakan dalam ritual tradisional dan perubatan tradisional.

7 comments:

  1. pernah harganya mencecah 9 ringgit 1kg.......sekarang dlm 3.50 beli dri ladang....
    bila harga tinggi ramai berlumba nak buat ladang....
    tapi mereka yg berkedai makan....ada pilihan lain.....limau kasturi...

    ReplyDelete
  2. assalam...banyak kegunaan limau nipis ni ya...tapi yg jual sekarang ni pesen kulit tebal..air sikit

    ReplyDelete
  3. :zul permatang badak
    Rm9/kg tu kira hrga tertinggi utk limau nipis ni. Sepokok blh hasilkn lbh krg 50 kg/tahun, tu yg org pakat nk tnm limau nipis. PPeniaga kedai mkn/restoran pilih limau kasturi sbb ia lbh mudah, praktikal dn jimat sbb siaznya kecik tp kndungn air yg sgt byk. Sy ada tnm limau kasturi 6 pkk tp blm bbuah sbb tnm gna biji.. Tnm yg ank kawin, 1 thn pn berbuah.

    ReplyDelete
  4. :kak rosaliza
    As salam kak rosa, byk gna buah limau nipis ni. Ada lg yg tak tsenarai tu. Limau nipis yg kulit tebal dn air x byk tu klon dr Thailand. Bau pn x best spt yg dlm foto ni. Yg ni mmg limau nipis original. Kulit nipis dn air yg byk.

    ReplyDelete
  5. waaa blog dah makin berseri2 weiii!! comei je...little girl n ur mahsuri tu pun comeiii sgt!hihii

    ReplyDelete
  6. Lama sgt E-Na hlg dr dunia blogging. Igt kot dh tukar link. Semua dh berubah kat sini..hehe..

    ReplyDelete
  7. Salaam, suami silap beli limau nipis kulit tebal, apa kegunaan limau ini, ada pasaran tak limau nipis kulit tebal

    ReplyDelete