VIP Dedaun Alam

Sunday, June 19, 2011

Horse Mango

Buah bacang atau macang yang telah masak. Buah bacang yang dikenali dengan nama horse mango dalam bahasa Inggeris akan gugur dari tangkai menandakan ia telah masak. Ia juga berbau harum apabila masak.

Isi buah bacang yang masak. Ia lembut, harum, manis dan mempunyai serat. Rasa buah bacang berbeza mengikut spesis. Ada yang manis dan ada yang sedikit masam. Buah bacang yang gugur perlu disimpan sekurang-kurangnya dua hari sebelum dikupas. Proses ini adalah untuk memastikan buah bacang benar-benar masak dan ia juga akan mengurangkan kandungan getah pada baaigan kulit buah. Getah buah bacang boleh menyebabkan kegatalan kepada kulit sensitif.

14 comments:

  1. sedap buah macang tu..isi kuning emas.Tapi dulu kalau mkn buah mcg selalu ada ulat..potong stim betul..ssh nk dpt buah yg elok

    ReplyDelete
  2. Buah macang yg dlm foto ni mmg sdp. Lgsung tak rasa masam. Buah ni takdak ulat dn saiznya besar. Kata org2 tua, buah macang akn ada ulat jika buah durian gugur lbh dulu drpnya. Ikut peraturan alam, buah macang yg gugur lbh dulu, lps tu br buah durian. Bila potong Q, macang akn merajuk....

    ReplyDelete
  3. sedapnya, akk suka sangat bau dia, mkn pun nyaman je tekak rasa manis2 msm

    ReplyDelete
  4. Sdp buah macang yg ni sbb rasanya manis. Takdak rasa masam.. Dh smpai ke penghujung musim dh.

    ReplyDelete
  5. Bahasa persuratan...buah bacang...tapi loghat daerah....nun dikelate kito buah macang......

    ada juga pokok macang benih dari kelantan....ssayup tinggi....musim buah, gugur dan terbiar......sesekali pungut bikin sambal......

    saya juga mempunyai pokok macang buah bersaiz besar.....kami panggil macang gelub....

    yang putik....petik buat kerabu...

    ReplyDelete
  6. Ikut bahasa rasmi, namanya bacang tp di Kelate ia dipanggil macang. Daerah Machang di Kelantan dinamakan smpena pkk ni la. Macang ni ada byk spesis, kita blh cam melalui bentuk, saiz dan rasa buah. Ada yg manis dn ada yg masam. Macang gelub tu rasanya ok tak? Yg dlm foto ni pn saiznya bsr. Sebesar labu betis org dewasa normal...hehe.. Rasanya pn mmg sdp. Macang muda sdp dibuat kerabu.

    ReplyDelete
  7. macang kalau tak busuk best....satu lagi buah kuinin,seratnya halus lagi..

    ReplyDelete
  8. Buah macang atau bacang kalau busuk dn ada ank ulat(larva) kat dlm mmg x blh nk mkn dh.. Buah kuinin dh hmpir sama dgn mangga. Ada dlm n3 blog ni.

    ReplyDelete
  9. buah bacang ni memang sedap masak lemak daging salai, ikan keli salai mmmm...nyammm..nyaammmm

    ReplyDelete
  10. Buah bacang pn blh dimasak lemak bsama daging dan ikan keli salai ye. Saya x penah mkn masakan ni. Sgt trdisional.. Sya ada rsepinya tak?

    ReplyDelete
  11. resepi?
    hehehehe... boleh buat en3 nih... tunggu ye (,")

    ReplyDelete
  12. Ok, saya tggu resepi tradisional drp Sya ni. Selalu org duk msk dn buat n3 utk masakan moden dn semasa.

    ReplyDelete
  13. bkpo nme dy pelik sgt 2..hahaha..sori la..lme xbw..xdpt on9..:(

    ReplyDelete
  14. Haha..tu nama yg org putih panggil. Mangga kuda..kalau kelate kito, mace.. Sy tak penah tgk pn pkk machang kat bandar Machang..

    ReplyDelete