VIP Dedaun Alam

Thursday, November 25, 2010

Buah Pupur

Buah hutan yang dikenali dengan nama pupur ini mempunyai bentuk seakan buah duku.

Kulit buah pupur akan terpecah kepada beberapa bahagian apabila ditekan. Isinya lebih manis daripada langsat dan lebih masam berbanding duku.

Buah pupur dikategorikan sebagai buah nadir. Buah ini jarang dijumpai dan tidak ramai yang mengenali buah yang sekeluarga dengan langsat, duku dan dokong ini. Pokok pupur biasanya tumbuh meliar di dalam hutan dan ada juga yang ditanam di kawasan rumah. Buah pupur bersaiz sebesar bola ping pong. Bentuknya seakan sama dengan duku atau dokong. Kuilt buah pupur agak tebal dan mempunyai beberapa segmen yang akan terpecah jika ditekan. Rasa buah ini masam manis. Ia lebih manis berbanding langsat tetapi sedikit masam berbanding duku dan dokong.

9 comments:

  1. tak pernah tengok, bila baca ada masam tu..eee ngilu..tak suka masam

    ReplyDelete
  2. Buah ni pyh nk jmpa. Ada musimnya br blh tgk buah ni. Rasanya taklah masam sgt. Ada gak manis-manisnya. Sedap mcm buah duku.

    ReplyDelete
  3. sedap buah nii....
    tengok buah, kenalla, tp tatau nama!!!

    ReplyDelete
  4. Sdp juga rasa buah pupur ni. Masam2 manis. Yg ni jenis buah hutan dn pyh nk dpt. Sy beli masa blik kg thn lps. Ada org jual tepi jln.

    ReplyDelete
  5. kitorg pnggil buah dokong. xtau la cm mane eja dia. tp bunyi ny cm 2 la lbh kurg.

    ReplyDelete
  6. Syazel, ni bkn buah dokong la. Buah dokong tu saya kenal dan selalu mkn. Buah pupur ni jenis buah htn, nmpk lbh krg sama dgn duku atau dokong tp bhgn kulit dan rasanya sgt berbeza.

    ReplyDelete
  7. gambar yg ditunjuka ini tidak benar. ia sebenarnya buah duku. Buah pupur dalam famili euphorbiaceae dalam genus Baccaurea. Ianya sama famili dengan rambai, tampoi, jejentik dan setambun

    ReplyDelete
  8. En. Shamsul,

    Saya membesar dalam rimbunan dan naungan pokok duku, rambai, dokong, langsat di sekeliling rumah. Jadi, saya kenal mana buah duku, dookong, langsat, rambai, tampoi. Yang dalam gambar dia atas tu memang buah pupur, saiznya jauh lebih drp duku dan dokong. Cuba perhatikan kulit buahnya akan terpecah sendiri mengikut jaluran seperti buah tampoi.

    Buah pupur ni saya sendiri yang beli, ambil gambarnya dan makan. Tak mungkin saya tersilap di antara duku dan pupur.

    Terima kasih untuk ulasan yang diberi.

    ReplyDelete