VIP Dedaun Alam

Monday, November 29, 2010

Serai Samak

Pucuk serai samak


Pokok jenis tumbuh liar ini dikenali dengan nama serai samak atau serai daun di kalangan penduduk Kelantan. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 15 meter dan ia menggemari kawasan yang berdekatan dengan kawasan berair seperti sungai, sawah padi, paya. Ia juga boleh hidup subur di kawasan tanah tinggi. Pokok ini mengeluarkan bunga dalam bentuk jambak dan  berbau sangat harum. Buahnya berbentuk beri kecil berwarna hijau ketika muda dan merah gelap setelah masak. Buahnya yang masak boleh dimakan. Rasanya manis dan sedikit kelat. Kegunaan utama pokok ini adalah pucuk mudanya. Bagi penduduk Kelantan terutama penggemar nasi kerabu dan laksam, pucuk serai samak menjadi pilihan utama untuk dijadikan ulaman. Puicuk serai samak dipotong halus dan digunakan sebagai bahan ulaman utama dalam nasi kerabu atau laksam. Terdapat dua jenis pokok serai samak yang menjadi pilihan iaitu pokok yang mengeluarkan pucuk merah (rujuk foto) dan satu lagi mengeluarkan pucuk hijau.

8 comments:

  1. salam..pkk yg hampir pupus ...bdk2 la ni dh tak kenal. pucuk merah kelat sikit..pucuk ijau lemak2 sikit

    ReplyDelete
  2. pkok gayut kt blkang umah ek...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam kak rosa,
    Pkk serai ni tak pupus tp kegunaannya yg mgkin pupus. Skrg pucuk serai samak digantikn dgn kobis. Pucuk hijau dikenali dgn serai samak pucuk pedas.

    -----------------------

    Ezzyra,
    Pkk kat umah yg tselamat dr pembalakn secara tdk terkawal..hehe.. Ntah bdk kecik mana yg suka menoneng kat dhn pkk tu. Mcm tarzan.

    ReplyDelete
  4. kalau dapat buahserai samak ni besh gak..

    ReplyDelete
  5. Pkk serai yg dlm foto selalu berbuah. Best jg rasa buah dia. Manis2 kelat gitu.

    ReplyDelete
  6. kak suka makan daun ni buat ulam. rasa kelat2 cicah dgn budu.yg ada isi durian..mau terduduk tak bangun makan..pernah kawan beri benih pokok ni tapi tak hidup lama dlm pasu

    ReplyDelete
  7. Ada org yg suka mkn pucuk serai samak sbg ulam sbb rasanya kelat tp sdp. Pklk ni lbh suka hidup bbs sbb ia jenis pokok balak. Ia membesar dgn cepat semasa kecil tp jd perlahan setelah bsr dn tinggi.

    ReplyDelete
  8. Salam...saya ada tanam pokok ni...kt kg saya panggil daun samak serai baunya wangi...selalu guna buat kerabu bersama pucuk2 daun yg lain semasa bulan puasa.

    ReplyDelete