VIP Dedaun Alam

Sunday, October 31, 2010

Katak Puru @ Nam Nam

Buah katak puru yang berbentuk seakan karipap.


Bunga katak puru dari pokok di atas. Foto ini diambil sebelum adanya buah di atas.


Nama Botani : Cynometra Cauliflora
Famili : Leguminosae

Pokok katak puru atau nam nam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi hijau kekuningan. Apabila masak, buah katak puru atau nam nam akan gugur. Ia mempunyai rasa masam manis.

18 comments:

  1. Kita dh jumpa sekali dlm idup, tu pun last year...rasanya mmg sedap...dh x jumpa lg smpi skrg...

    ReplyDelete
  2. Buah katak puru @ nam nam ni mmg pyh nk jmp skrg. Sy tnm pkk ni kat kg dn kat tmpt sy duk skrg. Pkk yg br ditanam dh 2 thn tp tingginya hanya 15cm.

    ReplyDelete
  3. oic..dah amek buah katak puru tu..nape xamek ngan pokok sekali?br updt gambo pokok tuh

    ReplyDelete
  4. Buah katak puru tu amek tghari td. Tuan umah sbk mkn nasik kot masa tu. Tau2 buah katak puru dh ilang kena curi..he3.. Gmbr pkk x amek sbb x nmpk penuh. Bunga tu i snap masa blik kg hr tu.

    ReplyDelete
  5. Salam ADRY
    Cantik katak puru karipap yg tergantung sendirian itu. Hairan mengapa kita juga panggil buah tu nam-nam.

    Saya ada sepokok di kampung, tingginya lebihkurang 7 kaki. Buahnya selalu lebat di pangkal. Selalunya banyak buah yg punyai bahagian rosak. Mungkin tak begitu jika dibungkus.

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu,
    Buah katak puru ni kalau di utara dipanggil nam nam tp di Kelantan mmg ia popular dgn nama katak puru. Sesuai dgn kulitnya yg menggerutu. Pkk yg cikgu tnm tu pasti dh berusia puluhan thn krn tingginya dh maksimum. Ada serangga yg suka mengorek buah katak puru ini utk bertelur tp tak pasti dr jenis mana. Kat kg datuk sy ada byk pkk katak puru ni. Semuanya dh lama ditanam.

    ReplyDelete
  7. Al-Jawahir (Jawa Terakhir)November 29, 2010 at 10:25 AM

    Assalamualaikum semua..
    Dalam tahun nie, raya puasa lepas baru aku jumpa buah katak puru nie kat kampung bini aku kat kuala terengganu.. rasanya masam2 manis...yang muda rasanya kelat sikit.. oleh kerana 1st time jumpa, aku petik banyak2 bawak balik kampung aku kat batu pahat.. nak perkenalkan kepada sedara yang lain.. kalau dapat makan dengan petis lagi laa kesedapannya... apapun terima kasih kerana bagi info tentang pokok katak puru nie.. kalau2 ada kajian tentang kelebihan dan kebaikan buah ni, boleh laa kongsi bersama... kalau pokok nie banyak kelebihannya seperti pokok herba yang lain, boleh laa di komersialkan kerana jangka hayatnya panjang kan...

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumsallam Al-Jawahir,
    Tak ramai org yg mengenali buah katak puru ni. Apatah lagi utk merasainya. Buahnya sdp dimkn apabila tlh msk. Utk mkn dgn petis, buah matang plg sesuai. Mkn buah katak puru ni dikatakan blh mengurangkn tekanan darah tinggi tp blm ada sebarang kajian yg dibuat.

    ReplyDelete
  9. Family Fabaceae, bukan Leguminosae.

    ReplyDelete
  10. Kalau ikut rujukan Leguminosae tu istilah lama dn skrg Fabaceae digunapakai sbb tu tumbuhan dlm famili ini dikelas sbg Fabaceae(Leguminosae)

    ReplyDelete
  11. br je mkn buah katak puru ni kt umh kita..dh abis luruh dh..

    ReplyDelete
  12. Byk ke buah katak puru tu? Rajin jg bbuah biarpn pkk kecik je.

    ReplyDelete
  13. Buah katak puru atau nam-nam ni pyh nk dpt sbb org tak jual kat pasar.kedai. Kalau nak kena cari dgn org yg tnm pkk katak puru. Masa blik kg hari tu, pkk yg saya tnm ada buah sebiji je yg masak. Yg lain2 masih putik.

    ReplyDelete
  14. nak sedap makan buah ni ialah dgn cara buang kulit nipis,,pisahkan dari biji dan hiris nipis2. kendian rendam dalam air garam...kemanisan buah ini timbul....sedap..

    buah ni sedang dikaji potensi sebagai nilai ekomomi baru dari segi khasiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kupas kulit buah ni sbb kulitnya menggerutu. Buka dan buang bijinya, terus makan begitu saja.

      Delete
  15. sape2 ada jual buah ni tlg mesej sy.sy nk bli,wife mngidam...013-9739443

    ReplyDelete
  16. mesej saya klu ada sape2 boleh dpatkan buah ni.sy nak bli.wife mgidam.013-9739443

    ReplyDelete
  17. Assalam ku sape2 ada tanam pokok nam2 boleh jual skit saya nk beli wife teringin nk rasa.leh call atau wassup saya 0142569610

    ReplyDelete