"Burung apa? Burung murai... Burung apa?? Burung murai.." Petikan daripada iklan Petronas beberapa tahun lepas yang membawa mesej mendalam kepada kita semua. Dalam foto di bawah, adakah ianya anak burung murai? Tidak. Burung murai biasanya bersarang di dalam lubang pokok atau celahan pelepah pokok palma (kelapa, kelapa sawit, pinang dan lain-lain). Pasti ada yang mengenali anak burung ini. Buung ini memilih pokok buluh jepun untuk membina sarangnya. Ketinggiannya lebih kurang 1.5 meter sahaja dan lebih menarik ini kali ketiga ia bersarang di sini. Pertanyaan, burung apa agaknya? Sesiapa yang kenal, sila beri jawapan dalam ruangan komen.
Sarang burung ini berbentuk mangkuk. Pastinya ia bukan burung tempua atau burung layang-layang (walet)
Anak burung berusia lebih kurang seminggu. Matanya belum celik dan masih lagi berbulu pahat.
Anak-anak burung ini tidak mengeluarkan bunyi bising ketika lapar. Ia juga sopan(senyap) semasa ibu atau bapanya menyuap makanan.