Ini yang membuatkan tuan kebun tersenyum, putik dan bunga betina petola ular. Bunga-bunga yang keluar sebelum ini semuanya jantan.
Pokok ulam raja yang ditanam menggunakan pucuk telah berbunga. Bunga-bunga ini akan menghasilkan benih dan lebih banyak pokok ulam raja boleh ditanam selepas ini.
Tuaian pertama bendi singa. Daripada 10 biji benih yang disemai, 9 bercambah dan membesar, 5 pokok dah berbuah. 6 biji bendi segar dari kebun. Yang penting ia bebas racun dan organik. 2 biji buah bendi sulung tak dituai, nak simpan sebagai benih.
Semaian pada 04/10/12 dah bercambah. Antaranya peria, labu botol, petola segi, kacang botor dan yang kecil-kecil adalah anak kailan. Biji benihnya tertumpah, kutip dan tabur dalam bekas ini. Kailan ini adalah semaian kali ketiga.
Cili hutan yang disemai menggunakan biji daripada buah segar.