Buah pisang kapal yang masih muda.
Pisang kapal adalah antara pisang tempatan yang semakin sukar temui ditanam sekarang. Buah pisang kapal tidak mempunyai nilai komersil yang menyebabkan ia tidak menjadi pilihan peladang untuk menanamnya secara ladang. Pisang kapal juga dikenali sebagai dwarf banana (pisang kerdil) kerana ketinggiannya yang sederhana iaitu sekitar 1 hingga 1.5 meter sahaja.