VIP Dedaun Alam

Thursday, August 22, 2013

Duku Palembang, Rindu Terlerai

Duku palembang merupakan spesis duku yang jarang ditemui ditanam. Duku jenis ini menjadi kegemaran kami sekeluarga. Pokok ini adalah generasi kedua dan dibawa dari kampung asal bonda saya di Pasir Mas. Generasi ketiga pokok ini ditanam oleh saya sebanyak 8 pokok di tempat saya tinggal sekarang untuk meneruskan legasinya. Anak-anak pokok yang ditanam berasal daripada pokok di foto ini.

Disebabkan saya tinggal jauh dari kampung, rindu pula nak makan buah duku palembang ni. Dah bertahun tak merasa kerana masa balik kampung, buahnya tiada kerana bukan musim berbuah atau telah lepas masanya. Dapat tengok pokok dan daun je.. Balik beraya tahun ni, buah duku palembang baru nak masak. Pagi-pagi raya pertama, saya terus petik buah duku yang masak(bukannya betul-betul masak lagi). Tu pun kena pilih sebab dalam setangkai(rujuk foto), buahnya ada yang masak dan belum masak sepenuhnya. Tak kisahlah janji dapat makan. Untuk info, buah duku palembang bersaiz kecil(besar sikit daripada guli kaca), isinya pejal dan lebih manis daripada dokong.

Isinya memang sedap dan manis. Tak percaya tanya la tebuan ni..hehe.. Serangga penghisap madu ni pun teruja dengan kemanisan buah duku palembang yang masak.

23 comments:

  1. Dan la rasa time raya aritu..tp masih kelat2 lagi..gigih makan jugak takut kempunan tak sempat merasa..
    Agaknya sekarang ni tengah masak menguning la duku palembang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat juga merasa buah duku ni biarpun blm masak betul2 lagi. Bawa blik sini dkt 2 kg. Usaha panjat pokok waktu senja, gelap dah masa tu. Buah hijau pn terpetik sama.

      Delete
  2. duku...tetiba konpius langsat,rambai,dokong...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duku, dokong dan langsat adalah spesis dan keluarga yg sama. Rambai pula spesis yg sama dgn jentik dan tampoi.

      Delete
  3. kalau tak pandai membeli boleh tertipu antara duku dan dokong. seakan serupa. tapi duku lebih sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg jual buah duku tp kata buah tu buah dokong. Dokong sebenarnya lbh manis berbanding duku tp skrg byk dokong kacukan baru yg rasa isinya sama dgn duku. Dokong yg asli berasal dari Thailand. Dibawa masuk ke Malaysia awal thn 80an.

      Delete
  4. salam che adry
    mmg bagus tanam dokong nie byk2...tgk buah mmg elok2..yg jiran mak nyer buahnyer sebesar bola pingpong..manis lak tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ummu,

      Saya tnm pkk duku dan dokong ni sbb dua2 jenis buah ni adalah yg saya suka mkn. Yg dlm foto ni jenis duku yg 'rare', buahnya kecil tp isinya sgt manis. Buah yg sebesar bola ping pong tu dokong. Saya tnm sepokok je tp dokong baka asal bkn klon baru.

      Delete
  5. Cantiknya buah tu. Di mana anak pokoknya dijual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa anak pokok duku palembang ni tak dijual di mana2 nurseri pokok sbb ianya jenis sukar utk ditemui.

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau kak t nak mkn buah kena g kampung saya, skrg buahnya tgh masak. Yg saya kat sini masih kecik, baru 3 tahun lbh. Nk berbuah lmbt lagi.

      Delete
  7. Replies
    1. Nama duku ni duku palembang. Mungkin ianya dibawa masuk dr Palembang tp tak pasti duku ni ada ke tidak di sana.

      Delete
  8. buah dokong pon kami dh tuai..manis leting..buah duku ni banyak lagi kt pokok..xde org nk pnjat...kami pon ambik setakat smpai kt tangga je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah dokong tak byk, ada 2 tangkai yg rendah dan yg lain2 tu atas pucuk. Masa blik beraya, buahnya dah nk masak. Lupa pulak nk petik utk ambil biji benihnya. Dokong kita tu baka original dr thai, bkn klon baru yg tawar heber..

      Duku tu kait je guna galah tp thn dpn mesti pokok tu merajuk utk berbuah sbb tangkainya msh ada kat pkk.

      Delete
  9. assalammualaikum Adry.
    lebatnya buah duku palembang tu..di tempat kediaman Adry ke atau di kampung emak ayah?..kalau ada peluang keringkan benihnya dan kirimkan utk.akak ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam cikgu,

      Duku palembang yg dlm gmbr ni mmg rajin berbuah, tak spt pokok yg lain. Mgkn krn ia plg dekat dgn rumah, buahnya jd pilihan utk dipetik.

      Pokok duku ni ada kat kg saya, yg saya tnm kat sini baru setinggi 1 meter lbh. Saya ada ambil buah ni dkt 2 kilogram tp semua biji dah dibuang.

      Delete
  10. Assalam En Adry.. 1st time tengok buah ni.. akak pun suka buah duku... kalau dpt semai benihnya mesti best.. kalau ada peluang nak ngecek juga benih buah ni...

    ReplyDelete
  11. As salam kak mar,

    Sayangnya biji buah yg saya bawa blik hari tu dibuang tanpa disemai sbb saya dah tnm 8 pokok duku jenis ni kat sini.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum. saya berminat utk membeli beberapa benih duku palembang tuan...bagaimana caranya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikmusallam tuan,

      Benih duku palembang ni payah nak dapat. Biji daripada buah yang saya ada sebelum ni semuanya saya buang kerana saya dah tanam 8 pokok duku palembang ni.

      Delete