VIP Dedaun Alam

Monday, August 19, 2013

Limau Kasturi Di Desa Tercinta


Pokok limau kasturi ini ditanam oleh saya kira-kira tujuh tahun yang lalu di kampung tercinta. Ia berbuah dengan lebat sepanjang tahun. Bila balik kampung, saya pasti meninjau keadaan pokok limau kasturi dan kali ini ia berbuah paling lebat. Pokok nan sebatang ini adalah pemberian arwah abang saya untuk ditanam di kawasan rumah di kampung. Mungkin pada orang lain ianya sekadar sebatang pokok limau kasturi tapi pada saya ia adalah memori dan kenangan bersama arwah abang yang sangat rapat dengan saya.

19 comments:

  1. kalau ditanam atas tanah..mmg subur pokoknya..
    akak ada jugak tanam dalam pasu...berbuah jugak tp tak lebat dan kecik2 buahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok yang kita tanam terus atas tanah lebih subur kerana cukup nutrien dan air. Akar boleh menjalar ke bahagian tanah yang sesuai berbanding pokok pasuan. Pokok pasuan lebih terhad utk dapat nutrien kerana akarnya hanya berada dalam pasu dan memerlukan siraman serta pembajaan.

      Delete
  2. Memang pokok limau kasturi sangattttt rajin berbuah dan buah pun besar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Limau kasturi ni pemberian arwah abe lea, arrwah tanam sepokok kat rmh dia dan sepokok lagi i tanam dalam pasu pada mulanya. Bila pokok dah membesar dan berbuah pokok ni dipindahkan dan ditanam atas tanah kat blkg rmh. Tahun ni ia berbuah paling lebat tapi sayang kita semua dok jauh, byk buah yg gugur ke tanah.

      Delete
  3. salam en adry...MasyaAllah lebat sungguh limau kasturi tu...boleh merasa satu kampong tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam @na,

      Limau kasturi ni sentiasa berbuah dan kali ini yang paling lebat. Sekarang ianya dibawah jagaan bonda saya, Boleh sangat kalau nak bagi kat jiran2 dan sedara mara sbb tak termakan buah yg banyak tu.

      Delete
  4. salam en. adry..
    lebat buah limau kasturi tuh..cam tak abes nak makan jer kan..
    yg pokok kat umah nie, makin lama makin tinggi..tak rendang cam yg che adry punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ummu,

      Buah limau kasturi ni lebat sangat, byk dah buahnya gugur sbb terlebih masak. Buat jus limai kasturi asam boi mmg sedap, picit dalam budu dan buh dalam air teh ais/sirap pun sedap.

      Pokok limau kasturi kat umah ummu tu anak dari biji benih kot, yg saya tanam ni anak tut. Anak dari biji benih akan naik meninggi dan perlu dipangkas untuk jadikan pokok merendang.

      Delete
  5. lebatkan buah limau ni..mmg x penah putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Egie dah ada kat umah skrg ni, blh la buat jus limau kasturi asam boi. Pakat buat dgn kak ayu, elok diminum semasa musim panas dan baik utk hilangkan sakit tekak/batuk.

      Delete
  6. Yes...suka sangat limau kasturi ini. Setiap hari sebiji limau kasturi akan kak t perah ke dalam secawan teh 0 panas, sebagai minuman pagi...satu kemestian walaupun bukan kewajipan...

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka limau kasturi. Buat jus, perah limau kasturi, campur air dgn gula dan buh ais. Sedap.. Nak lagi sedap, kita buh asam boi dua tiga bijik. Nyaman tekak..hehe..

    ReplyDelete
  8. Salam En Adry,

    Memang betul pokok limau kasturi ni tanam sepokok je dah cukup untuk bekalan sendiri, saya pun ada tanam sepokok kat belakang rumah tapi malangnya sekarang ni daunnya diserang oleh serangga perosak macam ulat gitu. dah cuba sembur racun serangga tapi belum pulih lagi.kena sabar je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam cik/pn. Saodah,

      Untuk bekalan sendiri, sepokok limau kasturi mmg dah cukup kalau ia jenis berbuah lebat tapi ada juga pokok limau kasturi yang tak berapa rajin nak berbuah. Lebat daun je..hehe.. Pokok limau diserang serangga yg macam ulat? Macam ulat tu bukan ulat beluncas kaler hijau tu kan. Serangga apa agaknya ye.

      Delete
  9. assalammualaikum Adry.
    lebatnya buah pokok kasturi ini.Ada petua ke utk.lebat buah?..kalau selalu guna baja, pokok tak lama hidup..akan cepat tua dan pokok mati.Betul ke cerita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam cikgu,

      Pokok limau kasturi berbuah sepanjang tahun tapi yang ni paling lebat. Petua untuk lebatkan buah tu takde tapi pemangkasan penting untuk pokok limau. Baja pn saya mmg tak bubuh. Penggunaan baja kimia secara berlebihan dan tak berjadual mungkin akan memberi masalah kpd pokok dan menyebabkan hayatnya tak panjang. Kalau guna baja organik, ok je.

      Delete
  10. Lebatnya.... Byk buah dr daun :)
    Ni kalau buat kenduri buat air kasturi cmpr asam boi, mmg laku :D


    AlFatihah buat arwah abang en adry.... Ad jg kenangan yg arwah tgalkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buahnya sangat lebat dan banyak yang masak gugur atas tanah macam tu je. Saya ni bukan selalu balik kampung, tgk buah terbiar tu rasa sayang pula. Rasa mcam nak usung bawa balik pokok tu tanam kat sini..hehe..

      Byk kenangan yg arwah tinggalkan dan pokok limau ni adalah salah satu daripadanya.

      Delete
  11. Free spins casino bonus codes 2021 | Bonuses & No Deposit
    Free spins casino bonus codes 2021. Free spins septcasino casino bonus 인카지노 codes หาเงินออนไลน์ for free. Play slots at the best online casinos with no deposit required.

    ReplyDelete