VIP Dedaun Alam

Tuesday, June 18, 2013

Burung Tuwu


Burung yang nampak seperti burung gagak ini adalah burung tuwu atau asian koel (Eudynamys scolopacea). Saya dah menulis mengenai burung ini dalam entri sebelum ini. Siapa yang belum mengenali burung tuwu, boleh baca infonya di sini. Saya juga ada buat rakaman bunyi burung tuwu yang dimuatnaik ke Youtube.

19 comments:

  1. Wah ..garang nampaknya burung tuwu nie..merah gitu matanya..burung nie makan aper che adry?

    ReplyDelete
  2. Hehe...nampak macam garang tapi warna mata kebanyakan spesis burung adalah merah. Diet utama burung tuwu ni ialah buahan.

    ReplyDelete
  3. itu ler.. baru tahu nama burung ni.... selalu pepagi dah berbunyi2 kat pokok tepi rumah... memang ontime lah dia datang bunyik hari2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Burung tuwu ni akan berbunyi seawal subuh bils tiba musim ia membiak. Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi 'koo-ooo' secara berulang sehingga senja utk memanggil dan memikat burung tuwu betina. Bunyi 'koo-ooo' tu kita akan dengar spt 'tuwu-tuwu-tuwuu' Sbb tu org panggil dia burung tuwu.

      Delete
  4. Replies
    1. Burung tuwu ni sebesar burung gagak dan warna bulu pun hampir sama. Rasanya di Malaysia, org tak bela burung ni tp di negara luar ia dijadikan haiwan peliharaan.

      Delete
  5. Encik Adry Daud, http://http//adrydaud.blogspot.com/2012/03/burung-tuwu-asian-koel.html tak dapat dihubungi la... huhuhuhu... sila betulkan dengan segera ya, atau Tedi akan laporkan kepada persatuan beruang sedunia kerana Encik Adry diskriminasi beruang.. Inikan negara demokrasi, patutnya Tedi pun boleh tengok juga la.. bla bla bla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..ok...Tedi jgn laporkan kepada persatuan beruang sedunia sebab kesilapan teknikal tu dah saya betulkan. Link tu dah dapat dihubungi sekarang. Tedi boleh tengok dah tu. Saya tulis entri ni tengahmalam tadi, tak sempat nak edit dan auto published pagi ni.

      Delete
  6. akak suka dgr bunyi burung tukang..tp takde gambarnya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi burung tukang bertukang mlm2 hari ada juga saya dengar dekat dgn rumah tapi jarang sangat. Pernah saya usung kamera malam2 sebab nak snap gambar burung tukang tu. Belum sempat nak ambil gambarnya, ia dah terbang lari.

      Delete
  7. sangat menarik. baru lah saya tahu begini rupanya burung tuwu.. masa kecik-kecik dulu org tua-tua selalu bercerita daerah Tawau Sabah mendapat namanya sempena burung ini yg banyak terdapat di Tawau zaman dulu2. entah betul entah tidak saya pun tak tahu.. mungkin ada sejarawan disini yg boleh sahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali imbas, burung tuwu nampak seakan burung gagak. Apa yang tahu dari pembacaan, nama Tawau berasal daripada perkataan suku kaum di Sabah iaitu tawai atau tawao. Tawai bermaksud teknik memancing di sungai.

      Delete
  8. Salam Adry,

    Mak Aji baru kenal burung tuwu ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam mak aji,

      Mak aji dok di bandar sbb tu tak pernah tgk burung tuwu ni.

      Delete
  9. Replies
    1. Mata burung ni tajam pandangan dan sgt peka sebarang dan bunyi. Payah nk gi dkt utk snap gambarnya. Burung tuwu kebetulan singgah kat pokok yg abe dok di bawahnya dan kamera dah di tangan. Dpt snap sekeping je, trs nyohs lari..hehe..

      Delete
  10. Assalammualaikum Adry,
    Burung ni terbang berkumpulankan, kalau ada pisang masak lambat tebang, mereka ramai2 rasmi dulu.Buah2 betik sekaki saya yg.ranum dipokok mereka petik dulu.
    Macam ini lah rupa burung tu. dalam bahasa suku saya di kenali dengan nama
    "tenseriang".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam cikgu,

      Burung tuwu biasa lebih suka bersendirian. Terbang secara solo atau dgn pasangannya saja. Mungkin burung yg cikgu maksudkan tu berlainan spesis dgn burung tuwu ni. Cuba cikgu dengar bunyi burung di link yg saya berikan tu. Adakah bunyi mereka sama atau berbeza?

      Delete
  11. Assalaamualaikum! Artikel yg bermanfaat! Terima kasih!

    Cuma sedikit perkongsian, dlm pemerhatian peribadi saya, kalau burung ni galak berbunyi, cuaca hari tu biasanya sangat panas.

    ReplyDelete