VIP Dedaun Alam

Friday, June 21, 2013

Buah Kantan


Siapa yang pernah atau biasa lihat buah kantan? Pasti ada antara kita jawab ya dan tidak kerana tidak semua spesis kantan yang menghasilkan buah. Ada spesis kantan hanya berbunga tapi bunganya tak menjadi buah. Untuk info, spesis atau jenis kantan boleh dibezakan melalui bentuk dan warna bunganya.

Buah kantan sebenarnya boleh digunakan sebagai bahan masakan sepertimana bunganya juga. Namun penggunaan buah kantan kurang popular berbanding bunganya. Selain digunakan untuk masakan, buah kantan yang masak boleh dimakan segar. Isi buah kantan yang berupa biji-biji kecil mepunyai rasa masam manis dan sedikit pedar. Di sesetangah negeri di Malaysia, isi buah kantan dimakan bersama pencicah/colek.

Buah kantan juga boleh digunakan untuk merawat sakit telinga. Rebus buah kantan dan gunakan air rebusannya sebagai ubat titis ke bahagian dalam telinga untuk mengatasi sakit telinga. Air rebusan buah kantan juga boleh digunakan sebagai pencuci luka kecil.

46 comments:

  1. salam che adry..
    buah kantan nie boleh buat benih tak? ker kantan idup ngan rizom jer..yg nie kat umah che adryker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ummu,

      Buah kantan ni antara cara penyebaran anak pokok kantan secara semulajadi selain drp pecahan anak. Tapi kebarangkalian utk hidup sgt rendah bagi setiap biji. Buah kantan dlm gmbr ni drp pokok yg tanam di kampung. Baka kantan ni jenis yg berbuah.

      Delete
    2. che adry kalau tahu mana leh dpt benih kantan cakap yer..teringin nak tanam..ade rakan2 nak antar rizom, tp dah sampai kat sini buruk dl jwbnya..tu nak cari benih nie..

      Delete
    3. Kantan mudah hidup jika kita tanam guna pecahan anak atau rizomnya. Benih kantan payah sikit nak hidup. InsyaAllah, raya ni saya blik kg dan kalau ada buah kantan yg dah masak, saya ambilkan biji benihnya utk ummu tapi saya tak janji tau. Mana tau buahnya takdok atau saya terlupa.

      Delete
    4. ok thanks che adry,takper tak berharap pun...cuma kalau2.:)

      Delete
    5. Ok, kantan ni akan saya masukkan dalam checklist saya. Harap2 ada la buahnya.

      Delete
  2. buah kantan boleh mkan mcm tu je kan..lupa dah.lma x tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, blh dimakan begitu saja. Kena pecahkan kulit buahnya dulu, mkn isi kat je tau. Kalo makan dgn kulit buah, pedar la tu..hehe.. Kat blkg umah kita di kg berlambak buah kantan ni sbb bunganya tak diambil utk masakan.

      Delete
  3. ooo baru tahu... rupanya gini buah katan ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm ni la rupa buah kantan yg belum masak, bila dah masak kaler kulit dia lain sikit. Masa tu baru blh nak mkn.

      Delete
  4. sy tgk kt umah mak sy buahnya warna coklat, species lain la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah kantan yg warna coklat tu dah masak ke blm lagi? Kalau dari putik warnanya coklat, ia spesis yg lain.

      Delete
  5. Assalam Adry
    Ada dengar, tak pernah lihat, apa lagi rasa. Saiznya adakah sebesar buah cermai? Asalnya, bersarungkah setiap ulas/biji buah itu? Terima kasih berkongsi gambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Pak Temuk,

      Kantan yang Pak Temuk tanam jenis tak berbuah kot sebab tu tak pernah lihat buah kantan. Buah kantan lbh besar drp buah cermai, Lbh kurang sebesar buah mata kucing. Pada setiap tangkai bunga akan terhasil buah yg tersusun rapat seperti susunan buah kelubi/salak. Buah ini mempunyai kulit yang agak tebal dan kita kena buka kulit untuk ambil isinya. Isinya berupa bijian kecil yg bersalut bahan lutsinar. Rasanya masam-masam manis dan sedikit pedar. Saya biasa makan buah kantan. Buah kantan dalam gambar ni adalah drp pokok yg saya di kampung semasa masih belajar di sekolah menengah lagi.

      Delete
  6. jakunnya akak..pertama kali tgk buah kantan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai antara kita yang biasa tgk bunga kantan tp ada juga spesis kantan yg akan menghasilkan buah selepas bunganya tak dipetik/dipotong. Tak semua jenis/spesis kantan yg ada buah.

      Delete
  7. saya ada 2 jenis kantan kat rumah. Satu mcm biasa dan satu lg batangnye warna merah2 sket.

    Ada kelebihan ke kantan yang batang warna merah tue ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kantan batang hijau dan btg kemerahan tu berbeza drp segi bentuk, warna dan kelopak bunganya. Khasiat dan rasa kantan adalah sama bagi semua spesisnya. Cuma kantan yang bunganya warna putih agak sukar ditemui.

      Delete
  8. Assalammualaikum Adry.
    Saya biasa tengok kantan yg.warna merah je dan tak pernah tengok yg.ada buah.Kalau dapat benih kantan tu, jangan lupa saya k, saya pun nak lah..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam cikgu,
      Kantan bunga merah dan pink paling mudah ditemui org tanam/jual. Kantan yang ada buah ni saya tanam kat kampung. InsyaAllah, saya ambil rizomnya utk cikgu bila blik kampung nanti.

      Delete
  9. Info baru ni.. tak pernah tahu ada buah kantan.. kalau jumpa pun tentu nampak pelik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada spesis kantan yg menghasilkan buah selepas berbunga. Ramai yg tak tau kantan membiak secara semulajadi menggunakan biji benihnya. Pecahan rumpun atau rizom dibuat oleh manusia.

      Delete
  10. akak nak tanya pasal bunga/buah markisa...yg ditanam kat rumah akka dah mula berbunga...lebat jugak lah..tp kenapa bunganya pas kembang...layu dan gugur...?tak menjadi putik..(buah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Markisa yg warna kuning/oren perlukan pendebungaan samada melalui serangga atau manual. Jika tanpa pendebungaan, bunga yg mekar akan gugur tanpa menjadi buah. Serangga agen pendebungaan memainkan peranan penting utk tanaman markisa. Kalau markisa warna purple, ianya jenis self pollination.

      Delete
  11. Assalamualaikum En. Andry, selepas membaca catatan tentang labu botol, saya terus mengikuti tulisan encik, menarik dan banyak info. Entri kali ini pun menarik, walaupun saya pernah melihat buah kantan ini tapi sedikit sangat info tentangnya yang saya peroleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam ส่าหรีสี,

      Terima kasih mengikuti blog saya ni. InsyaAllah, saya akan kongsi info setakat yang saya tahu dan ada. Saya dah pun berkunjung ke laman ส่าหรีสี (apa makna dalam BM ni ye?), tulisan dan foto yang sangat menarik. Saya akan letak link dalam blog ni.

      Delete
  12. Terima kasih, saya baru je belajar menulis blog ni, ingin belajar dan terus belajar. ส่าหรีสี warna-warna kehidupan.. ada sedikit darah campuran siam dan masih ada keluarga di negara jiran sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan menulis blog dan pembaca dapat manfaat daripada penulisan kita. ส่าหรีสี bermaksud warna-warna kehidupan ye. Sebutannya, phee ti ke?

      Delete
  13. pertama kali tengok buah bunga kantan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan pertama kali tengok buah kantan kat dalam blog ni ke? Maknanya, tuan belum pernah lihat buah kantan kat luar kan. Nanti kalau jumpa pokok kantan, boleh cuba tengok buahnya yang sebenar. Cuba rasa isi buah kantan, biarpun kulit buah berbau seperti aroma kantan tapi isi buahnya tidak.

      Delete
  14. Phee maksudnya kakak, Ti tu singkatan nama saya. Disebabkan semua panggil saya kakak, tua muda kecil besar, keluarga, kwn2 juga, jadi saya gunakan nama Phee Ti utk perantara maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua org panggil mcm tu, saya pun blh panggil kak ti juga kan..hehe..

      Delete
  15. buah tak pernah tengok plok..
    selalu tengok bunga je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua jenis kantan yang ada buah selepas ia berbunga. Ada spesis kantan yang bunganya akan mengering selepas mekar beberapa lama.

      Delete
  16. Pertama kali dengar dan tengok gambar tentang buah kantan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru saya tau rupanya ramai juga antara kita yang belum pernah lihat buah kantan. Mungkin terlepas pandang tentang kewujudan buahan hutan ni biarpun ramai yg tanam sebagai keperluan masakan org Melayu.

      Delete
  17. En. Adry boleh je panggil kak ti...suka terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Penah rs buahnye, tp lau terlebih mkn boleh sakit perut, hehehehe

    Kecur plak menaip pasal buah ni bulan2 puasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi buah kantan ni rasanya masam2 manis, mkn byk2 sakit la perut tu.

      Delete
  19. Sy amat berminat nk tanam pokok bunga kantan, boleh jualkan rizomnye tak tuk saya. Dah lame mencari...

    ReplyDelete
  20. Selamat pagi Mr Adry,saya minatdan sedang cari benih pokok bugga kantan,adakah Mr Ardry menjual benihnya?

    ReplyDelete
  21. sy ada tanam dan jual bunga kantan.1 kntum 0.80 sen
    call/whatsapp 0183879434.
    wbsite bungakantan.com

    ReplyDelete
  22. sy ada tanam dan jual bunga kantan.1 kntum 0.80 sen
    call/whatsapp 0183879434.
    wbsite bungakantan.com

    ReplyDelete
  23. salam. sy nak tye.. kalu buah y hjau tu blm masak lg kan? buahnya blh dimakan ke?

    ReplyDelete