Inilah satu-satunya pokok terung panjang hijau yang ada dalam kebun kecil saya. Tanam 5 pokok tapi yang lain hanya sempat melihat dunia untuk sementara saja. Serangan serangga perosak semasa anak pokok masih kecil menyebabkan mereka musnah. Tinggal sepokok untuk meneruskan kelangsungan hidup dan berbakti kepada penanamnya.
Bunga terung panjang hijau yang mekar dan akan menghasilkan buah.
Tuaian segar dari kebun yang pertama terung panjang hijau bersama hasil tanaman yang lain. Sekali tuai daripada sepokok yang ada, dapat tiga biji. Cukup untuk sekali masak/makan.
suka tgk hasil tuaian en adry yg pelbagai ini.
ReplyDeletewow bersihnya kebun Adry, patutlah banyak keluarkan hasil.Alhamdulillah.
ReplyDelete@zamzurina zulkafli,
ReplyDeleteKebun kecil saya ditanam pelbagai jenis sayuran tp dlm kuantit yg sedikit. Yg bestnya bila watu tuai hasil, kita dpt mcm2 jenis sayur.
@Puteri Purnama
ReplyDeleteKebun kecil saya akan dibersihkan bila rumpai mula menguasai kwsn supaya tak berebut nutrien dgn pkk sayuran.
meriahnya hasil tuaian, berbaloi-baloi
ReplyDeletesalam en adry, terung hijau katanya lebih sedap utk di bakar berbanding purple, betul ke mcm tu?
ReplyDeleteseronok tengok hasil tuaian tu..
ReplyDeleteseronok tengok hasil tuaian En adry , saya baru dapat benih terung hijau ni, dah semai tumbuhlah enam pokok. mudah2an membesarlah dapat jadikan benih
ReplyDelete@smRose
ReplyDeleteAgak berbaloi dpt hasil drp hasil usaha kita sendiri.
@na
ReplyDeleteAs salam @na,
Tekstur isi terung hijau lbh pejal drp terung ungu dan rasanya juga ada sedikit perbezaan. Pada saya, terung panjang hijau lbh sedap utk apa cara masakan termasuk bakar.
@Kniedaz
ReplyDeleteOrg yg tgk seronok, tuan dia lagi seronok dgn hasil tuaian ni..hehe..
@Rosliza Mohd Noh
ReplyDeleteAntara cabaran nak tnm terung ni ialah pada peringkat semaian sbb biji benihnya disukai oleh semut. Bila dah bercambah, ada lagi cabaran drn serangan serangga perosak.
salam che adry...
ReplyDeletemeriahnya tuaian tuh kan...bila tengok terung hijau che adry, gemok2 panjang tuh rs mcm sedap lak..goreng sayur campur pun sedap kan....
As salam ummu,
ReplyDeleteTerung pjg hijau ada sepokok je dlm kebun kecil saya ni jadi mudah utk beri perhatian padanya. Buah terung tuaian pertama ni digoreng tumis bersama bilis.
bestnye tgk tuaian en.adry. Meriah dan pelbagai. Tahniah. :)
ReplyDeletekalau hasil tuai mcm ni..cukup untuk seminggu bg sy...lebar betul daun pokok terung tu
ReplyDelete@Ibu Qistina
ReplyDeleteTuaian pelbagai sbb saya tnm sayur byk jenis dlm kebun yg luas sekangkang dinosaur ni.
@nadia rashid
ReplyDeleteTuaian ni cukup utk kami sekeluarga makan dlm tempoh dua tiga hari. Kalau tuaian byk, blh saya bagi kpd sedara dan kwn2. Mereka pun dpt merasa sayuran organik. Terung pjg hijau ada sepokok je, tumpuan penuh dpt saya beri utknya. Terung pjg ungu lagi lebar daunnya tp blm masuk dlm blog ni. Coming soon...