VIP Dedaun Alam

Tuesday, August 28, 2012

Bunga Part XXXI

Agak lama Dedaun Alam tidak bersiaran. Tiada stok foto dalam simpanan kerana sepanjang bulan Ramadhan kamera langsung tak disentuh. Foto untuk entri ini adalah stok lama. Bunga dalam siri ke 31 ini biasa kita lihat. Ada yang kita kenal dan ada yang tidak.mengenali namanya.

Bunga tridax procumbens atau coat button. Pokok yang tumbuh meliar ini juga ada khasiat dalam perubatan herba. Info mengenainya  akan disiar selepas ini.

Bunga ubi larut.

Bunga orkid yang saya lupa namanya. Ia hidup di atas tanah dan berbunga mengikut musimnya.

Bunga durian belanda.

10 comments:

  1. bunga yang tengah tu tak pernah tengok..atau mungkin tak perasan kot.

    ReplyDelete
  2. Bunga ubi larut atau orkid? Ubi larut ni pkk hampir sama dgn bunga canna. Rizom pkk ubi larut blh direbus dan dimakan utk sejukkan bdn. Rasanya mmg sdp. Bunga orkid tu jenis hidup atas tnh, daun lebar dan nipis tu. Jarang berbunga sbb ia bkn varieti baru. Jenis orkid liar/lama.

    ReplyDelete
  3. bunga ubi larut 2 macam honey dew..hehe

    p/s xde gmbar raya?

    ReplyDelete
  4. Mcm honey dew ke? Bkn mcm buah durian? Hehe..
    Gmbr raya smpt snap 2 kpg je. Darwisy pakai baju Melayu tp seluar tak pakai..

    ReplyDelete
  5. xpernah tgk ubi larut tu.. bunga pun x pernah tgk..

    ReplyDelete
  6. Ubi larut ni jrg org tnm. Dah blh kira sbg pkk yg akan pupus bila tak dipedulikan lagi. Org dulu2 suka rebus ubiny utk menyejukkan badan. Pokok dan ubi larut ada dlm blog ni. Lady blh buat carian 'ubi larut' kat google tu.

    ReplyDelete
  7. As-salam. Sudah berpuluh tahun tidak melihat bunga durian belanda. Jadi takut pula lihat rupanya yang seolah-olah boleh mencubit kuat, dengan tiga "jari"nya tu!

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumusallam cikgu,
    Dah lama cikgu tak lihat bunga durian belanda. Buahnya bila kali terakhir cikgu makan agaknya? Bunganya nampak menakutkan bila kita zoom dkt mcm tu.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah terfikir, buah durian belanda boleh jadi begitu mahal harganya. Di kampung dulu-dulu, kami panggil buah ini "nangka seberang". Tak tahu mengapa. Tak sudi makan masa tu sebab kami anggap ia buah liar dan makanan musang. Sekarang, jusnya adalah jus kegemaran saya. Keraplah beli yang dalam tin dan kordial. Lupa pula bila kali terakhir makan buah durian belanda segar. Sekarang pasti saya namakan ia buah elit!

    ReplyDelete
  10. Durian belanda yg dikenali dgn nama durian selat oleh org2 Kelantan ni dah termasuk dlm kategori buahan nadir. Ia semakin payah nak jumpa skrg. Durian belanda tidak spt nona yg ditanam secara ladang menjadikan ia tidak byk di pasaran. Jus durian yg dibuat sendiri mmg sedap.

    ReplyDelete