Monday, August 13, 2012

Ditelan Pahit Dibuang Sayang

Biarpun bunga betik jantan pahit rasanya tapi madu bunganya tetap manis. Tebuan hitam ini menghisap madu kuntuman bunga betik jantan dan ia bertindak sebagai ejen pendebungaan.

Bunga betik jantan yang rasanya pahit tapi sayang jika dibiar atau gugur begitu saja. Ditelan pahit, nak dibuang terasa sayang, jadi kutip bunga betik jantan untuk dicelur dan dimakan sebagai ulam. Memang masih terasa pahitnya tapi boleh ditelan tanpa masalah. Atau dijadikan kerabu. Celur dulu, toskan dan gaulkan bersama bahan-bahan biasa untuk buat kerabu(kerisik, garam, dan lain-lain tu). Kerabu bunga betik memang unik rasanya, pahitnya berkurangan.

14 comments:

  1. kecewa kan jika pokok betik besar macam ni, tidak berbuah.....tapi hendak ditebang, sayang pula....mungkin ada waktunya berguna sbagai ubat......

    ReplyDelete
  2. Kecewa yg amat sgt bila pkk betik yg kita tnm dan bila besar dan berbunga ianya betik jantan. Itulah yg terjadi pd saya, semua betik yg ditanam berbunga jantan. Nasib baik pkk yg ditanam tu jenis cepat berbunga. Tinggi 2 kaki dh keluar bunga. Betik yg dlm foto tu tak ditanam tp tumbuh sendiri, ia juga jantan dan dibiarkan hidup. Skrg tingginya dh lbh 10'. Rasa nk mkn ulam blh petik. Buat ubat duka..hehe..

    ReplyDelete
  3. salassalammualaikum Adry,
    cara nak buang pahit bunga betik atau daun muda pucuk betik kalau nak buat ulam atau ditumis semula,campurkan asam jawa ke dalam air untuk mencelur bunga betik tersebut..insyallah pahit tu akan hilang..cubalah.

    oh kisah pokok betik jantan, saya pernah pangkas pokok betik jantan, tapi tak semua saya pangkaskan, agak2 boleh tumbuh sebagai cabang , cabang yg tumbuh tu, mengeluarkan buah yg banyak.tapi saya tak pasti, apakah itu cuma satu kebetulan atau sememangnya begitu hehehe..good luck.

    ReplyDelete
  4. eee maaf Adry, eja salam tu, salah..'Assalammualaikum'

    ReplyDelete
  5. As-salam ADRY

    Bunga betik rasanya pahit
    Tegak batang petanda subur
    Geram berdetik bibir digigit
    Hendak ku buang tanda tak syukur.

    Untuk Adry sekeluarga, diucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitr. Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  6. @Puteri Purnama
    Wa'alaikumusallam cikgu,
    Terima kongsi petua utk hilangkan pahit bunga dan pucuk betik. Saya tak tau sgt cara buat kerabu bunga betik. Cuma tau org celur bunga tu. Patut la bunga betik yg org buat kerabu dh tak begitu pahit. Masa buat kenduri kesyukuran sblm ni, ada menu kerabu bunga betik. Tkg buat kerabu guna bunga kerabu dlm kuantiti byk, dia celur ikut petua cikgu kot sbb tu tak pahit. Saya biasa mkn bunga betik jantan sbg ulam, kerabu tu jrg2 mkn.

    Tak tau pulak saya pkk betik jantan bila dipangkas blh bertukar jantinanya. Dia tau tuan yg tnm pkk tu marah, tersu jadi pkk betina dan berbuah. Pkk betik yg saya tnm sblm habis saya tbg sbb geram..hehe.. Lps ni blh cuba cara yg cikgu beri ni.

    ReplyDelete
  7. @Puteri Purnama
    Tu kira typo tp takpe saya tau niat cikgu nk beri salam tu..hehe..

    ReplyDelete
  8. @Temuk
    Wa'alaikumusallam cikgu,

    Betik ditanam berbunga jantan,
    Pahit bunga sedap dimakan,
    Hendak ditebang terasa sayang,
    Subur meninggi di tepi padang.

    Selamat menyambut hari raya aidil fitri buat cikgu sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  9. salam aidil fitri. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  10. frst time mkn kerabu pucuk betik kt lgkawi hari 2...sdap jgak...

    selamat hari raya...nk blik kmpung dah mlm ni..

    ReplyDelete
  11. @Shaiful Zaidi
    Salam aidilfitri..hari ni dh 4 raya.

    ReplyDelete
  12. @ezzyra
    Kerabu bunga betik ni jarang org buat. Tu pn kak na yg tlg buat dlm jumlah byk.

    ReplyDelete
  13. @KELI OH KELI
    Salam aidilfitri juga buat tuan. Lama menyepi dr dunia maya ni.

    ReplyDelete