Pokok paku dragon's scale atau duit-duit yang menumpang pokok besar lain.
Pokok paku dragon`s scale atau pokok duit-duit ini merupakan tumbuhan daripada famili paku pakis. Nama botaninya, Pyrrosia piloselloides. Ia adalah paku pakis jenis epifit iaitu hidup menumpang pada pokok lain dan boleh membuat makanan sendiri. Ia biasa ditemui hidup menumpang dihampir semua jenis pokok di India, New Guinea, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pokok ini tumbuh secara menjalar dan melekap pada batang atau dahan pokok. Daunnya tebal dan mempunyai kandungan air yang banyak di bahagian dalamnya. Ia mebiak melalui spora yang terdapat pada daunnya.