Kuih atap, kuih nipah, bengkang atap dan gedung adalah nama bagi kuih tradisional ini. Sekali pandang ia kelihatan seperti otak-otak.
Salah satu kuih tradisional negeri Kedah adalah kuih nipah. Ada yang memanggilnya kuih atap, bengkang atap dan gedung cak. Kuih ini dibuat daripada adunan tepung pulut, kelapa parut dan gula merah. Adunan ini dibungkus dengan menggunakan dua keping daun nipah yang dipotong mengikut saiz kira-kira 20cm panjang. Daun nipah akan dilekatkan secara bertentangan menggunakan lidi. Sekarang kebanyakan lidi ditukar dengan stapler kerana mudah dan cepat tetapi ia tidak asli dan semulajadi. Daun nipah yang dimasukkan dengan adunan tadi dibakar sehingga masak. Kuih ini hanya dijual dalam bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa.. Pada masa lain agak sukar untuk mendapatkan kuih tradisional ini di pasaran.
Memang sejibik mcm otak2, otak2 pun bungkus gitu jugakan guna daun nipah, agaknya kuih ni rasa lemak2 liat sikit kut,
ReplyDeleteMmg sama tp saiz kuih atap ni lbh pjg dn isinya yg bbeza. Sekeping 25 sen, otak-otak, 70 sen sekeping. Rasanya lbh kurang lepat liat yg dibakar.
ReplyDeletebanyak dah kuih tradisional yang sukar kita nk jumpa lani....rugi rasanya x dapat menikmati lagi...
ReplyDeletepackaging cam otak2..tak mkn lagi menda alah ni...
ReplyDeleteX penah tgk, rs lagi la...huhuhu. 1st time tgk, ingat otak2
ReplyDelete:KELI OH KELI
ReplyDeleteKuih tradisional semakin payah nk jumpa disebabkn proses mbuatnya yg agak rumit dan generasi muda kurang minat utk belajar.
:lina_pg
ReplyDeleteCara bungkus dan guna daun nipah tu sama dgn otak2. Yg bezanya ialah isi dlm bungkusan tu. Sedap kuih ni tau..
:melati Qistyna's Mummy
ReplyDeleteSekali pandang ia seakan otak2 krn cara ia dibungkus tu sama. Kuih tradisional ni hnya blh didapati dlm bln Ramadhan shj.
sayang tak berpeluang makan kueh ni...tentu sedap, kita makan pulut panggang pun sedap......
ReplyDeleteapalagi kueh bengkang panggang gini....diresapi wangian daun nipah........
Saya tak pasti ada ke tak kuih kat tmpt lain. Kuih ni kuih tradisional dr Kedah. Saya sndiri pn mengenali dn merasa kuih ni kat sini. Depa panggil kuih atap dan kuih nipah. Kalau di Kedah (tanah besar), ia dipanggil gedung cak. Kuih mmg sedap...ada bau wangi asli daun nipah panggang..
ReplyDeleteAlahai... Adry buat saya terkenang, dalam tahun 70-an, baru berkahwin, isteri mengajak saya singgah ke rumah emak angkatnya di Tanjung Dawai, tempat dia menumpang semasa membuat penyelidikan mengenai nelayan. Di situlah pertama kali saya temui 'bengkang atap'. Wow, teruja juga saya, jumpai bengkang berbungkus daun nipah yang selamanya saya tahu digunakan untuk atap rumah saja. Sedap! Spesial! La ni tak tau la ada ka lagi benda tu kat Tg Dawai.
ReplyDeleteCikgu,
ReplyDeleteKuih ni ada kisah nostalgia manis cikgu dan isteri waktu baru kahwin ye. Saya baru kenal kuih ni sejak tinggal di negeri Kedah. Kuih ni ada berbagai nama. Dan saya akui, ia memang sedap. Pertama kali saya tengok kuih ni, saya ingatkan otak-otak sebab cara membungkusnya sama. Kat sini ia dipanggil kuih atap dan kuih nipah. Kat Kedah, ia lebih dikenali dengan nama gedung cak, bengkang atap dan satu lagi nama yang saya tak berapa ingat. Kat sini, ia dijual di bazar Ramadhan sahaja.
mana dapat beli ini lagi ???
ReplyDeleteGerai Siamese atau temple msa wesak day
DeleteSedap lemak2 manis..gedung cak/ cucur atap.. di Kedah di Tanjung Dawai dan Kuala Kedah ada di jual hari2 biasa. Sekarang ni boleh kata ramai yang tak tau dan tak penah dengar nama kuih ni..
ReplyDelete