VIP Dedaun Alam

Thursday, July 28, 2011

Aku Yang Disisihkan


Namaku rambutan masam. Ada juga orang yang panggil aku, rambutan telan dan rambutan rakyat. Aku daripada spesis Nephelium dalam famili Sapindaceae. Aku ada saudara rapat, ia juga sama sepertiku..masam tapi kulitnya berwarna kuning apabila masak dan saiznya besar sikit berbanding aku yang kecil molek ni. Buahku berwarna hijau ketika muda dan merah setelah masak. Rasaku masam...tidak manis seperti saudara maraku yang lain, rambutan anak sekolah, gading, gula batu dan pulasan. Aku masih ingat dulu aku jadi rebutan ramai kerana ketika belum banyak klon saudaraku yang baru. Setelah klon rambutan anak sekolah mula dibawa masuk dari Thailand awal 80-an, aku makin terpinggir. Rasaku yang masam membuatkan orang tak pilih aku untuk dimakan..apatah lagi dijual. Biarpun buahku tidak jadi rebutan ramai, aku tetap berbuah lebat saban tahun tanpa jemu dan berkecil hati. Setidak-tidaknya masih ada lagi yang sudi untuk menjadikan aku sebagai santapan. Aku lihat tupai dan kelawar makan buahku yang masak. Dek kerana buahku yang lebat dan telah ranum, bertaburan gugur ke tanah...terbiar dan ada yang bercambah untuk meneruskan kelangsungan. Biasanya tidak lama kerana anak-anak kecilku akan dicabut oleh tuanku. Kalau tak, penuhlah dengan anak-anak di bawah rimbunan daun dan dahanku. Cuma aku terus berharap dan berdoa agar tuan aku tidak menamatkan riwayatku. Biarlah aku terus berbuah lebat biarpun disisihkan...

28 comments:

  1. mok tan telan ni ada gak yg manis tp yg tak beshh tu isi tak lekang..kulum2 luah balik..byk tuuu meh la sini wat jem sedap gak tuu

    ReplyDelete
  2. Qrang tua2 dulu telan woh moktan rakyat ni......

    time nok buang air besar...tanggunglah sendiri........

    dulu mana ada jamban,secara tak langsung benih buah ni bermigrasi, dan terus bertambah menjadi hutan kecil ........
    time berbuah jiran2 tak peduli, nak makan ambillah....
    saya,meninjau-ninjau bersama lastik......sambil mulut mengulum.......woh moktan ni..

    pilih yg manis2 je........

    ReplyDelete
  3. :lina_pg
    Mokte telan yg ni pn mansi jg rasanya tp mokte sklh dn gading ada byk.. Kalo buat jem mmg best tp x tau cara nk buat.. Sukatan gula dgn air yg betul tu x tau..

    ReplyDelete
  4. :zul permatang badak
    Dulu org2 tua mmg tln buah rmbtn masam ni. Sbb tu di Kelantan ia dipanggil mokte telan. Kalau byk byk, mmg cari pasal time nk membuang tu.. Rmbtn ni ada yg manis tp org x suka sbb isinya tak 'lokoh' atau lekang.

    ReplyDelete
  5. assalam, td tgk kut tingkap ingatkn pkk bunga...lebatnya buah, selalunya mokte ni pkk tinggikn. bestla ada byk pkk buah2an, mana nak lalu telan kalo byk jenis yg best2. pos bagi akk la byk2

    ReplyDelete
  6. As salam kak rosa, mokte telan ni bbuah lbt setiap thn. Pkk yg rendah je, buah blh amek dgn tgn je. Dok tgh msk ranum skrg..blambak2 luruh.. Ada juga mkn tp sikit je.. Akk tau tak sukatan nk buat jem mcm kak tie buat dulu? Kalau ada resepi/cara buat jem tu, blh cuba. Kesian pulak tgk buah mokte ni.. Msk pn takdak sapa nk mkn. Rmbtn anak sekolah mmg sgt lbt thn ni. Smua msk serentak, nk jual pn hrga dh jatuh..bg kat sedara dn jiran2 la jwbnya.

    ReplyDelete
  7. sedap tu,buat jem
    masam masam manis

    ReplyDelete
  8. Salam, Che Mid tak pernah merasa jem rambutan ni.. dengar cite orang je..

    ReplyDelete
  9. :sayangsayangibu
    Buah rmbtn masam ni sdp kalau kita buat jem.. Masam manis...buh kat roti mmg sdp tak terkata.

    ReplyDelete
  10. :Che Mid
    As salam Che Mid, sy pernah mkn jem rmbtn ni masa kecik2 dulu. Lama dh x mkn. Tu yg igt mcm nk cba buat.. Syg pula tgk buahnya yg msk ranum..

    ReplyDelete
  11. betul2 cam tngah dengar rambutan masam yang bercerita ....
    mmg bestlah PLOT citer nie....
    :)

    ReplyDelete
  12. Hehe..sy wakil bg rambutan tu utk meluahkn isihatinya. Ending cite pn ok sbb pkk tu msih ada..

    ReplyDelete
  13. Hehehe, btul tu.... Dl kekecik ada sepohon dpan umah ayah, sapa2 yg dtg mesti tanya nape xde org mkn rambutan dh ranum.....:)

    ReplyDelete
  14. gambar pepohon rambutan yg sangat cantik...suka saya melihatnya...selamat menyambut ramadhan sahabat...semoga sama2 kita mencari keredhaanNya...

    ReplyDelete
  15. :Melati Qistyna's Mummy
    Kdg2 tu kesian pulak tgk pkk rmbtn ni. Buah dh ranum pn takde sapa nk mkn.. Lps tu gugur mcm tu..

    ReplyDelete
  16. :KELI OH KELI
    Pkk rmbutn tak tinggi spt biasa sbb ia bebas tnpa naugn dr pkk bsr yg lain. Setiap thn ia bbuah dgn lbt.. Slmt myambut bln Ramadhan al mubarak buat en keli..sama2 kita mcari keredhaanNya.

    ReplyDelete
  17. buat jem....sedap makan dgn roti

    ReplyDelete
  18. Sdp mkn dgn roti.. Biasa mkn jem rmbtn ni tp dh lama sgt..

    ReplyDelete
  19. salam...
    sdih plak rasanya bc entri ni...huhu

    ReplyDelete
  20. As salam egie,
    Sedih la sbb pkk ni sgt rajin bbuah tp takdak org nk mkn. Skrg dh msuk bln posa..buahnya dh mkin ranum.. Terliut pulak tgk waktu siang..hehe..

    ReplyDelete
  21. ambik siap2...sekurang2nya ambik drpda biar jtuh...sian kt pokok 2

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum en daun.
    rambutan masam ni biasanya mmg berbuah lebat n bila masak warna merahnya mmg sgt menarik. jiran akk di kampong ada tanam dulu...

    ReplyDelete
  23. As-Salam ADRY
    Ni sama dgn rambutan Cinta Melengung tu ke? Selain daripada boleh dijadikan jem, mungkin boleh juga dijadikan minuman, dengan ditambah gula mengikut rasa. Warna merah kulitnya memang menarik.

    Selamast menjalani ibadah puasa.

    ReplyDelete
  24. :ezzyra
    Ambik jg tp dua tiga tgkai je. Kak Mein suka la menyicah.. Dh ranum mcm skrg ni ok jg nk mkn tp msuk bln posa dh..

    ReplyDelete
  25. :anis
    Wa'alaikumusallam kak anis, pkk rmbtn msm mmg bbuah lbt setiap thn. Org tak ambik buah pn dia ttp bbuah dgn rajin. Buahnya bila dh ranum jd merah gelap mcm maroon.

    ReplyDelete
  26. :Temuk
    As salam cikgu, pkk ni sama dgn rmbtn cinta melengung.. Thn lps ia bbuah lbt, thn ni pn ia trs bbuah dgn lbt.. Rasanya tak la msm sgt tp isinya tak lekang myebabkn org krg minat nk mkn. Jem tu dh biasa mkn tp jus rmbtn msm ni blm cuba. Jus rmbtn anak sekolah pn dh biasa buat dn minum. Sdp..

    ReplyDelete
  27. sedih la pulak baca rintihan rambutan masam ni.... :D

    ReplyDelete
  28. Sedih skt luahan dn rintihan rambutan masam ni.. Sy tlg jd wakil utk pkk rmbtn tu..hehe..

    ReplyDelete