Ketika muda buah manggis berwarna hijau.
Buah manggis masak akan bertukar menjadi merah gelap dan hitam apabila terlalu masak. Isinya berwarna putih.
Manggis atau settho dalam sebutan di kalangan penduduk Kelantan merupakan tumbuhan asli dari Malaysia. Nama botaninya, garcinia mangostana daripada famili Guttiferae. Pokok manggis berbatang lurus dan tegak dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 25 meter. Ia mempunyai banyak dahan atau cabang dan berdaun lebat. Silara pokok berbentuk kon atau silinder. Pokok manggis membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kandungan nutrisi bagi setiap 100gram buah manggis masak :
Air, 72.9g
Karbohidrat, 19.8g
Protein, 0.5g
Lemak, 0g
Fiber/Serat, 0.2g
Besi, 0.9mg
Fosforus, 17mg
Kalsium, 11mg
Vitamin A, 14IU
Vitamin C, 66mg
Xanthone yang terdapat pada bahagian dalam kulit dan biji manggis mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan kita. Jus manggis diminum dapat mengatasi pelbagai penyakit. Xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis membantu mengatasi alergi, resdung, lelah, eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak
Xanthone berfungsi sebagai antioksidan, antiproliferatif, antiinflamasi dan antimikrobial. Sifat antioksidan manggis melebihi vitamin E dan vitamin C. Kajian pakar membuktikan sifat antioksidan pada buah manggis jauh lebih efektif jikadibandingkan dengan antioksidan pada rambutan dan durian. Xanthone hanya terdapat dalam buah manggis. Jika durian dikenali dengan gelaran raja buah, manggis pula mendapat gelaran ratu buah.
Kelebihan dan Khasiat Buah Manggis:
1. Menyembuh dan mencegah kanser
Hasil penelitian sementara, ekstrak yang terdapat pada buah manggis dapat mencegah tumbuhnya sel-sel pada pesakit leukimia, memperlahankan perkembangan sel pada kanser paru-paru, kanser hati, dan kanser usus.
2. Mencegah Penyakit Yang Membawa Maut
Buah ini berkhasiat mengatasi penyakit yang dianggap berbahaya seperti diabetes, kanser, arthritis, Alzheimer, penyakit jantung. .
3. Menurunkan Berat Badan
Xanthone cepat mengubah zat makanan menjadi tenaga.
4. Mengurang Dan Menghilang Rasa Sakit
Buah manggis juga berkhasiat mengurangi atau menghilangkan rasa sakit.
5. Mencegah Penyakit Jantung
Buah manggis dapat memulihkan kembali kekenyalan pembuluh darah melalui antimikorbial dan antioksidan yang terdapat di dalam buah tersebut.
6. Melawan Radika Bebas
Buah manggis mengandung catechins yang terbukti lebih efektif dan lebih berdaya guna dibandingkan vitamin C atau vitamin E dalam melawan radikal bebas yang ada di dalam tubuh kita. Memakan buah manggis setiap hari sebagai makanan supplement, akan mendapatkan zat antioksidan yang lebih banyak.
7. Mengurangi Tekanan Darah Tinggi
Hipertensi atau tekanan darah tinggi terjadi disebabkab terdapat gangguan pada pembuluh darah dan akan menyebabkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Buah manggis mampu mengatasi masalah tersebut terutama untuk mengawal dan menormalkan berat badan.
8. Memelihara Sistem Penghadaman
Xanthone berkhasiat mengatasi kelebihan bakteria dan menyeimbangkan kembali kerja perut.
9. Menjaga Saluran Kencing
Zat xanthone yang ada pada buah manggis termasuk zat yang mengaktifkan antibakteria.
10. Mengatasi Gangguan Pernafasan
Xanthone yang terdapat pada buah manggis dapat mengatasi gangguan pernafasan.
11. Memulihkan Penyakit Asma
Buah manggis menjadi ubat alternatif untuk menyembuhkan asma kerana ia memiliki kemampuan melawan jangkitan dan mengandung zat-zat yang mengurangi alergik.
12. Mencegah dan Mengubati Diabetes
Nutrisi yang terdapat dalam buah manggis membantu menormalkan tekanan darah, memulihkan tenaga dan mengurangi paras gula yang berlebihan dalam darah.
13. Memelihara Kemampuan Mental
Kita digalakkan memakan buah manggis yang banyak mengandung zat antioksidan kerana ia juga boleh mencegah mental degeneration.
14. Kelebihan Lain Buah Manggis
Memulihkan tenaga, menurunkan paras kolesterol LDL, mengatasi masalah penyakit batu karang dan mencegah masalah penglihatan.
hahaa... sedapnyaa !
ReplyDeleteassalam, sedapnya buah setho , mahal lg buah ni, pkk sendiri ke beli
ReplyDelete:ishiko
ReplyDeleteIshiko suka mkn buah manggis ni ye.. Mmg sdp!
:Kak Rosaliza
ReplyDeleteAs salam kak rosa, buah settho ni antara buah yg x penah jatuh hrga spt mana buah durian, rambutan dan dokong. Hrga buah settho ni stabil. Pkk settho ni kat GM, buah tu beli..hehe..
buah peberet ni..satu guni pun bleh abes kih3...ada kat tepi uamh ke?meh la anto satu bakul
ReplyDeleteHaha..blh hntr satu guni kosong je.. Yg dlm foto ni pn beli.. Pkk tu kat GM, umah ayah kak yong.
ReplyDeletemaso budok2....suko sangat rukah pohon setho.......duk cotek atas pucuk....kalu buah dio lebu....kito kocok jula.....pun berudun buoh luruh.......
ReplyDeletehok duk bowoh......kutip bawok baldi.....
Woh settho ni plg sy suko make. Rukah pkk settho smp ke pucuk dh kira biasa bila buah masak. Kayu pkk settho ni jnis keras dn liat. X mdh pth..kalau pth pn ia x kn tputus dua. Bila buah settho dh msk, kita kocok jula..hbis luruh. Buah settho takkn rosak sbb dilindungi kulit yg tbl.
ReplyDeleteerks...tiba2 teringin nak makan manggis....adeh mana nk cari ni....perghhhhh...sedap nieh!!!!
ReplyDeletebuah kegemaran......
ReplyDelete:KELI OH KELI
ReplyDeleteSkrg ni dh musim manggis...byk dh org jual. Hrga dr RM3-RM5 mgikut tmpt. Sdp buah manggis dn ia kaya dgn vitamin C, A.
:sayangsayangibu
ReplyDeleteHehe..sama la kita.. Buah manggis yg plg sy suka mkn..
Salam bahagia ADRY
ReplyDeleteSepokok manggis di tanah liat, telah 15 tahun tanpa buah.... Pasal 'sepoko' dengan 'tanah liat'kah? Yg orang jual sbg food supplement tu dari kulit atau isi buah? Cantiknya (tk pernah lihat) isi buah jentik. Cuma ada di utarakah?
Salam bahagia cikgu,
ReplyDeletePokok manggis mengambil masa 10 hingga 15 thn jika ia tdk subur atau kekurangan nutrien. Jika subur dn cukup nutrien, ia akn bbuah dlm tmph 3-5 thn. Tnh liat tu tak ada mslh utk pkk manggis, pembajaan jg perlu utk pkk manggis. Food supplement manggis dibuat drp kulit manggis. Info dh sy update. Buah jentik tu dlm kategori buah nadir (asal dari hutan), rasanya terdpt di seluruh Malaysia. Di Kelantan, ia juga dikenali dgn nama buah jentik.
Aritu Ada beli jus manggis utk eczema ank, tp lom try lg.... :P
ReplyDeletesedapnyer tngk manhhis ni...da lama x mkn
ReplyDelete:Melati Qistyna's Mummy
ReplyDeleteBlh cba jus tu sbb merawat eczema slh satu drp khasiat ratu buah ni.
:dieb
ReplyDeleteManggis mmg sdp dn mpunyai khasiat yg sgt tinggi.. Blh beli manggis sbb dh musimnya skrg..
suka makan buah manggis....harganya boleh tahan
ReplyDeleteHrga buah manggis skrg kat tmpt sy, RM10/3kg.. Sy pn suka mkn buah manggis..
ReplyDelete