Kumbang penyengat yang mahir mengorek lubang pada kayu.
Pernah lihat serangga ini? Mungkin ada yang biasa melihat serangga ini dan sudah pasti ada yang tidak tahu akan kewujudannya. Ia dipanggil kumbang biarpun ia sebenarnya bukan spesis kumbang. Kumbang ini adalah sama famili dengan tebuan. Ia tidak hidup secara koloni sepertimana saudara terdekatnya. Kumbang ini tinggal dan membiak di dalam lubang yang dikorek pada kayu mati samada kayu binaan rumah atau pokok. Ia akan mengorek lubang berbentuk terowong dan hidup bersama pasangannya untuk membiak. Kumbang ini memakan madu dan nektar bunga. Kenapa ia dianggap nostalgia? Kumbang ini semakin sukar untuk ditemui sekarang kerana faktor rekabentuk rumah yang semakin moden dan tidak menggunakan kayu. Dahulu, kumbang ini gemar untuk membuat 'rumah' pada kayu penyambut lantai rumah. Aktiviti kumbang ini tidak disukai oleh tuan rumah kerana ia akan merosakkan struktur kayu dan boleh menyebabkan penyambut lantai akan patah jika bilangan terowong dikorek dalam jumlah yang banyak. Jadi, apa yang dilakukan oleh tuan rumah dan kanak-kanak pada masa itu untuk mengatasi masalah ini? Sesiapa yang ada nostalgia atau kenangan boleh kongsi dalam ruangan komen.
assalam en daun...mmg payah dh nk jumpa kumbang ni, masa ada pkk jambu dulu boleh lh jumpa kumbang gini.
ReplyDeletedulu2 akk pernah gak cari kumbang ni, letak mulut botol, pas tu, ketuk2 lubang dia, nnt dia msk lh lam botol hehe
yg sejenis tu kaler puih n comel je, kalo tk silap org panggil kumbang lilin, ini langsung x jumpa
Wa'alaikumusallam kak rosa, dh pyh nk jmpa kmbg ni. Yg ni pn jmpa masa nk amek gmbr buah pisang. Dok korek lubang kat kayu stor. Sblm ketuk lubang, cucuk dulu dgn lidi. Nk tau tuan dia ada ke tdk dlm lubang tu. Lps tu, ketuk2.. smp kumbang keluar dr lubang sbb bising dn trs masuk dlm botol. Kesian kumbang tu kn. Masa kecik23 dulu bkn tau kesian pn..haha.. Ada tiga jenis kumbang ni. Yg kaler hitam+kuning(spt dlm foto), yg hitam dn bersaiz besar(kumbang betina) dn kumbang lilin(kaler oren atau krim- yg ni takde sengat).
ReplyDeleteapa nama kumbang ni eh?
ReplyDeleteerm... waktu maghrib adik saya dia tutup tingkap, puk jatuh kumbang nih kat kaki dia, pastu dia terpijak.. kena sengat ngan kumbang tu..
menangis meraung dia..
sesiapa tau nama kumbang ni?
Yg ni mmg org panggil kumbang biarpn ia sebenarnya dari spesis tebuan atau lebah. Ia akan menyengat bila terancam. Sengatannya blh menyebabkn bengkak dan rasa sakit(berdenyut2).
ReplyDeletekalo nak lwan dia, gunakan reket
ReplyDeleteKumbang ni baik la cemomoi.. Jgn la hempuk dia dgn raket tu..
ReplyDeletekumbang sering buat lubang pada kayu rumah.......habis berlubang.....
ReplyDeletesaya tuang minyak diesel kat lubang tu........atau sapu kayu dgn minyak hitam terpakai........
:cemomoi
ReplyDeleteKumbang ni baik sebenarnya. Ia tak akn serang manusia keculai sgt terdesak. Jgn la lawan dia dgn raket tu. Berkecai la badan dia..hehe..
:zul permatang badak
ReplyDeleteKumbang ni mmg suka korek lubang pada kayu penyambut atau kasau rumah. Habis berlubang2. Org dulu gna minyak kayu utk sapu pada bahagian rumah. Ada yg panggil minyak kapalterbang.
...cara nak tangkap kumbang lilin dari lubang kayu penyambut lantai rumah ... guna tin susu ... tutup dgn kain buruk ...ikat dgn getah ... sedap jugak muzik yg dihasilkan oleh kumbang dlm tin tu ... Masa balik beraya rumah datuk & Nenek ari tu dan terlihat anak2ku dok mengorek sesuatu pada lubang kayu lantai rumah nenek mereka .... teringat aku akan hobi masa kecik2 dulu ...
ReplyDeleteMasa kecik2 saya guna botol utk tgkp kumbang ni. Letak mulut botol kat lubang, lps ketuk2 kayu. Kumbang tu kan keluar dn trs msuk dlm botol. Bdk2 skrg dh tak berapa nk kenal dh kumbang dn permainan mcm ni.
ReplyDeletejarang jumpa ngan kumbang nih~~jgn la dipupuskannya..
ReplyDeletelagi satu aku dh tak pernah tgk katak pisang,kodok ngan ulat yg ada kt daun pisang yg brgulung---kalu ada pn aku jumpa gulungan daun pisang yg brgulung...
Sekarang dah makin sukar untuk jumpa kumbang pengorek lubang ni. Rekabentuk rumah dah banyak guna konkrit dan pasang siling, kumbang nak korek lubang buat sarang dah tak boleh. Terpaksa cari pokok/dahan mati utk teruskan kelangsungan hidupnya. Ulat yang gulung daun pisang tu memang dah lenyap kat tempat saya. Daun pisang yang saya tanam tiada satunya yg digulung oleh ulat. Mungkin rama2 yang bertelur di daun pisang dah berkurangan.
ReplyDeletetest
ReplyDeleteDi UPM kami panggil dia Lebah, Lebih tepat Lebah Tukang. Order Hymenoptera, family Xylocopidae, spesis Xylocopa spp., Kumbang lebih kepada Order Coleoptera seperti Kumbang Badak dan Kumbang Gajah juga Kumbang Ladybird.
ReplyDeleteNamanya serangga ni lebah tukang rupanya. Kat tempat kami ia dikenali dgn nama kumbang. Kumbang spt kumbang ladybird, kumbang badak dipanggil kekabuh. Terima kasih kongsi info kat sini.
ReplyDeletesejauh mana bahaya sengatan dia?? dah 2 ekor masuk umah aku... tp aku dah spray ridsect...
ReplyDeleteSengatan kumbang atau lebah tukang tidak berbahaya seperti tebuan dan lebah. Sengatannya agak menyakitkan dn memberi kesan bengkak pd tempat yg disengat. Masa kecik2 dulu saya pernah disengat sbb cuba tangkap lebah tukang guna selipar jepun.
ReplyDeletesemalam baru kena sengat, best rasa..buat sarang d hulu penyapu..hadoi...terus k.o kena baygon
Deletekumbang pengorek kayu,,tu boleh buat ubat..untok penyakit kerongkong yang keronek..saya dapat tahu dari kawan saya dari kaum cina nyonya pt limbong laut parit jawa muar johor.dari pusat rawatan physioterapi parit jawa muar. www.sakitsedap.com.my
ReplyDeleteLetak plastik kat lobang dia,,ketuk2 dia keluar terus masuk plastik,,,ambik dia letak kat blakang tin milo yang besar atau sederhana besar...ikat plastik beg kat blakang tin tadi,,,sentuh dia,,dan akan berkumandanglah radio yang tak jumpa channel,,,berdegung,,,ngeeeeeeeeeeeeengeeeeeeengeeeeeeeeeeee!!!#4$
ReplyDeleteAsalammualaikum macam mana nak hilang kan bengkak tu,kawan saya kena sengat kumbang tu. lepas tu,kawan saya punya mata bekak dua-dua
ReplyDeleteHi lama dah ye post ni.. tahun 2022 ni Saya ada batang kayu penyapu tak guna cocok Kat pokok... Selalu nampak kumbang ni dalam kayu tu... Berlubang dia buat... Hahhaha... Kesian tak banyak pun.. dia nampak Saya tapi tak de pon nak sengat sengat Alhamdulillah
ReplyDelete