Dua ekor ikan yang sedang mencari makan berhampiran jeti. Gambar kelabu disebabkan biasan cahaya matahari dan zoom dari jauh. Mereka berdua daripada spesis dan jenis yang berlainan tapi boleh berenang bersama-sama untuk mencari makan. Ada tak pembaca yang mengenali nama ikan ni? Yang kecil tu bersaiz kira-kira 20cm. Yang panjang tu tak pasti pula. Ikan kecil tu biasanya bermain di tepi jeti kerana ia lebih gemar mencari makan di kawasan tersebut. Dan ikan yang panjang tu pula bukan ikan todak(seperti yang serang Singapura pada masa dahulu-dalam dongeng). Kedua-dua jenis ikan ni boleh dimakan. Yang macam ikan todak tu memang sedap rasanya. Ada tak sesiapa yang kenal ikan-ikan ni?
Update (22 May 2011):
Ikan yang kecil tu adalah ikan sumpit-sumpit. Ikan bersaiz sederhana ini mempunyai kemahiran yang sangat unik dan hebat iaitu boleh menyumpit makanannya(biasanya serangga seperti lipas, belalang atau pepatung). Ia biasa mencari makan di kawasan jeti.
Ikan yang seperti todak ialah ikan banang. Ikan banang adalah adik beradik ikan todak. Ikan banang boleh membesar sehingga 2 meter panjang.
akk ingatkan ikan yg di bela...yg tu mmg ikn todak la..yg kecil tu mcm ikan kerisi heheh
ReplyDeletetak kenal ikan tu..kenal yang ada di market saja...
ReplyDelete:Kak Rosaliza
ReplyDeleteYg pjg tu bkn ikan todak tp adik beradik dgn ikan todak. Yg kecil bkn ikn kerisi sbb ia ada kaler hitam2..hehe..
:Khairil
ReplyDeleteIkan ni mmg ada jual kat pasar. Yg kecil tu tak byk dijual tp yg pjg mcm ikn todak tu mmg sdp rasanya.
amboi kemain kamcing diaekor ni bukan diaorang tau..bespren la tu kih3
ReplyDeletebespren la tu k.na..yg muncung pjg tu tlg jaga yg kecik tu..
ReplyDeleteagak2 apalah yg dibual dek ikan tu kan?(,")
ReplyDelete:lina_pg
ReplyDeleteIkn dua ekor ni blh bkawan biarpn blainan jenis.
:ayunalisa
ReplyDeleteDua ekor tu bespren la kot. Tak gaduh2..hehe..
:sayangsayang ibu
ReplyDeleteYg kecik tu kata, 'apa la ko mai tmpt aku cari mkn ni?". Yg pjg tu pulak kata, "saja nk tgk kau ok ke tak ari ni.."
yea! aki suke ikan ni. kecik2 dlu salu skodeng kat sungai. ikan sumpit2 ek? ;)
ReplyDeleteIkan yg kecik tu ikn sumpit2 sbb dia blh menyumpit serangga gna air dlm mulutnya. Ikn sumpit2 jg blh hdp di air tawar spt sungai. Yg jg tu ikn banang, adik beradik ikn todak. Kalo Aki tgk ikn pjg kat sungai, tu ikn julung2. Nmpk mcxm ikn todak tp ia kecik je. Suka berenang ats permukaan air. Nk tgpk ikn julung2 pn sng je, kita tepuk je air kuat2, ikn tu melambung naik ke darat.
ReplyDelete