Buah k**e mamak yang telah masak.
Sekali pandang ia seakan buah asam jawa.
Nama buah ini agak unik dan berbau lucah (18SX). Terpaksa disensor nama asalnya.
Bunga yang cantik. Apabila bunga pokok ini sudah mekar, ia menandakan buahnya boleh dipetik. Jika dipetik sebelum bunga mekar, rasa buah tidak seperti yang diharapkan.
Nama Botani : Saman spp.
Famili : Fabaceae (Leguminosae)
Pokok yang mempunyai nama unik serta berbau lucah ini merupakan tumbuhan yang sama spesis dengan pokok hujan-hujan (Samanea saman). Nama pokok ini diberikan oleh penduduk Utara Semenanjung Malaysia iaut Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tidak pasti nama asal atau nama lain bagi pokok ini. Di Utara sememangnya ia dikenali dengan nama tersebut. Buah k**e mamak boleh dimakan segar apabila masak. Kulit buah ini perlu diketuk untuk medapatkan isinya yang berwarna merah. Pokok dan buah k**e dikategorikan sebagai nadir kerana ia sangat sukar untuk dijumpai.
assalam ganazznya nama pkk ni..sah2 akk tak pernah tgk n mkn ni, sedap ke buah tote ni heheh
ReplyDeleteAs salam kak rosa, mmg itu nama pkk dn buah ni. Ia jrg dijumpai. Kat utara je kot org tnm pkk ni. Tak tau sdp ke tdk sbb tak penah mkn. Gmbr pkk dn buah tu snap hr Sabtu lps. Jmpa dekat umah kenduri kawen..hehe.. Parking keta, nmpk pkk ni. Apalagi..snap la.
ReplyDeleteawat gambo gelap..uish!ganaz tul nama buah ni..sbb kena tuttttttttttt
ReplyDeleteGmbr gelpa sbb zoom dr jarak jauh tu. Kat kebun org, dlm pgr pulak tu..hehe..
ReplyDeleteAs-Salam ADRY
ReplyDeleteEntri ADRY mengingatkan saya akan ziarah ke kawasan kebun-taman penulis popular Pak Habib (Syed Hussein al-Attas) di Janda Baik lama dulu. Kalau tak silap kebun-tamannya diberi nama Wadi Hussein. Dulu-dulu kawasannya itu dibuka untuk orang ramai berehat. Dan dulu-dulu ada terdapat di situ pokok k*t* mamak. Tak tahu pula saya buahnya boleh dimakan!
Wa'alaikumusallam cikgu,
ReplyDeleteSy ada cita2 utk memiliki tmn atau kebun spt yg Pak Habib ada tu. Kat tmn tu ada pkk ni ye. Buahnya blh dimkn tp skrg ia semakin sukar utk ditemui. Buahnya yg msk perlu diketuk utk mgeluarkn isi didalamnya.
salam..
ReplyDeletekak ilah masa dok kat kg pantai johor alor setar dulu memang ada sebatang tinggi melayup besar sepemeluk lebih dok depan masjid pantai johor.. bila masak jer buah tu kwn2 lelaki mesti tenggalong dgn kayu bila jatuh kwn2 pompuan yg ketuk bagi pecah.. kami makan sama2.. rasa dia kelat2 lemak.. warna dia dekat2 kehitaman biji dia mcm biji asam kalu tak salah lupa dah sbb masa tu kita ni muda remaja lagi.. oastu tak jumpa dah bila dah tua2 ni.. tapi buah ni jadi rebutan.. masa tu kami tak malu sebut perkataan tuuu.. sbb dah nama dia.. tapi jgn sebut depan mamak dah lah nanti dia tengalong dgn kayu tuu baru tauuu hahaha...
As salam kak ilah,
ReplyDeleteKat Aloq Setaq pn ada pantai Johor ye. Tak tau pulak saya. Nk kna tnya org rumah ni..hehe.. Saya tak penah merasa buah ni. Yg dlm foto tu pn kat kebun org. Ambik gmbr je la.. Nk tengalong buah yg dh msk tu takut tuan kebun tu tengalong saya dgn btg kayu. Rasa buah ni kelat2 lemak ke? Igt kot kot msm2 manis.