Buah k**e mamak yang telah masak.
Sekali pandang ia seakan buah asam jawa.
Nama buah ini agak unik dan berbau lucah (18SX). Terpaksa disensor nama asalnya.
Bunga yang cantik. Apabila bunga pokok ini sudah mekar, ia menandakan buahnya boleh dipetik. Jika dipetik sebelum bunga mekar, rasa buah tidak seperti yang diharapkan.
Nama Botani : Saman spp.
Famili : Fabaceae (Leguminosae)
Pokok yang mempunyai nama unik serta berbau lucah ini merupakan tumbuhan yang sama spesis dengan pokok hujan-hujan (Samanea saman). Nama pokok ini diberikan oleh penduduk Utara Semenanjung Malaysia iaut Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tidak pasti nama asal atau nama lain bagi pokok ini. Di Utara sememangnya ia dikenali dengan nama tersebut. Buah k**e mamak boleh dimakan segar apabila masak. Kulit buah ini perlu diketuk untuk medapatkan isinya yang berwarna merah. Pokok dan buah k**e dikategorikan sebagai nadir kerana ia sangat sukar untuk dijumpai.