Pokok asam batu atau begonia
Nama Botani : Begonia sp.
Famili : Begoniaceae
Pokok asam batu atau lebih dikenali dengan nama begonia merupakan tanaman hiasan daripada divisi Magnoliophyta. Begonia merupakan spesis berbunga dalam famili Begoniaceae. Terdapat lebih 1500 spesis pokok begonia di seluruh dunia. Ianya boleh dibezakan melalui bentuk daun, corak dan warnanya.
Selain ditanam sebagai pokok hiasan, begonia juga mepunyai khasiat perubatan. Ia boleh digunakan untuk mengubati luka kecil kerana pokoknya mengandungi saponin. Ada spesis begonia ini digunakan untuk menurunkan panas badan. Batang pokok ini mengandung polifenol dan flavonoida. Daun begonia glabra yang segar dibersihkan dan ditumbuk sehinnga lumat digunakan untuk merawat luka kecil. Gunakan daun begonia glabra yang ditumbuk lumat untuk dibalut pada luka. Pokok begonia fimbristipulata pula boleh meredakan demam. Seluruh bahagian pokok dibersihkan dan direbus. Setelah sejuk, air rebusan tersebut ditapis dan diminum. Ia dipercayai dapat menurunkan panas badan akibat demam.
....info tu sambung...jangan jadi macam saya satu info tu sampai sekarang belum siap lagi .....itu yg malas nak stop sekejap...tu...
ReplyDeleteasam batu...begonia....tapi saya lebih berminat pada sayuran......bunga hiasan....penyeri laman.......pun o.k....
Ingat masa sekolah2 dulu pkk ni ada dlm buku sains pertanian...
ReplyDeleteInsya Allah info tu akn disambung. Saya tak byk pkk sayuran utk dimasukkan dlm blog ni. Kalau nk tau pasal sayuran sy blh lawat blog en zul.
ReplyDeleteDalam subjek sains pn ada pkk begonia ni.
ReplyDeletemasa kecik2 sya pernah gigit daun tu, ada rasa masam masam sikit
ReplyDeleteSya gigit buat apa duan pkk begonia ni? Nk rasa sdp ke tdk kot? Rasa msm sbb ada kandungan berunsur asid.
ReplyDelete