


Nama botani : Diospyros kaki Linn.
Famili : Ebenacea
Pengenalan
Pisang kaki atau persimmon bukannya tumbuhan tropika. Walaupun diberi nama pisang kaki, pokok atau buah ini tidak sama dengan pisang yang biasa kita lihat. Tidak pasti kenapa pokok ini diberi nama sedemikian. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai buah pisang. Buah pisang kaki berbentuk bulat seakan tomato, berisi rangup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. Ia ditanam di negara beriklim sejuk seperti Jepun, Amerika dan Eropah.
Kegunaan
Pisang kaki mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Ianya bernilai tinggi dari segi perubatan kerana amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.
huwuwu baru tadi makan pisang kaki..first time kot ~ tu pon kawan yang kenalkan..SEDAP !
ReplyDeleteBuah pisang kaki atau prsimmon ni mmg sedap. Ramai yg tak kenal pokok pisang kaki dan menganggap ia sama dgn pokok pisang.
ReplyDelete