VIP Dedaun Alam

Wednesday, November 11, 2009

Belimbing Buluh

Pokok Belimbing Buluh

Nama Botani : Averrhoa bilimbi
Nama Lain : Belimbing asam
Famili : Oxalidaceae
Asal : Malaysia dan Indonesia

Pengenalan

Pokok belimbing buluh biasanya ditsnam di kawasan kampung dan di sekitar perumahan. Pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Rupa pokok belimbing buluh hampir sama dengan pokok cermai. Bagi mereka yang tidak begitu mengenali tumbuhan, mungkin keliru dengan sekali pandang. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan. Daun pokok belimbing buluh mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.

Kegunaan

Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan jenis kari untuk menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.

Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.

Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.
Ekstrak metanol daun pokok ini mempunyai sifat antibakteria terhadap Pseudomonas aeruginosa dan Staphylococcus aureus serta sedikit kesan terhadap Bacillus subtilis . Bagaimanapun, ekstrak itu langsung tidak berkesan terhadap bakteria lain seperti Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Klebsiella pneumonia. Sebaliknya, pokok ini peka terhadap bakteria-bakteria ini.

2 comments:

  1. salam,

    saya ada pokok ginseng. Jenis American ginseng yg diubah DNAnya supaya dpt hidup di negara kita.

    Sudah 5 tahun ditanam sebagai perhiasan. Adalagi ke yang tuanpunya Blog ini jumpa jenis ini di Malaysia?

    Jenis Korean, Chinese dan Siberian ginseng tak sesuai dan hidup di cuaca disini.

    Tapi penulis pernah ambil ubinya yg masih lembut kerana terlalu muda pokoknya.

    ReplyDelete
  2. Slm capt, mf lmbt bg respon. Sy blm jmpa lg ginseng spt yg capt bgtau tu. Ginseng mmg ambil masa yg lama utk matang, 5 thn tu msh muda.

    ReplyDelete