VIP Dedaun Alam

Thursday, July 18, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Terung Panjang Ungu Gergasi


Inilah tuaian terung panjang ungu yang terbesar dan terpanjang dalam sejarah hidup saya. Hasil daripada pokok terung yang ditanam dalam kebun kecil sangat memuaskan hati tapi buah yang dituai pagi tadi agak luarbiasa saiznya bagi saya. Mungkin orang lain dah biasa tengok terung sebesar dan sepanjang ini. Buah terung ini sepanjang 39.5cm(15.5 inci) dengan diameternya 23cm.

25 comments:

  1. assalam..
    saya tengok pun terkejut.. panjang gak ni.. lebih dari pembaris panjang tu.. 40cm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam,

      Hehe..saya pun terkejut tgk buah terung ni. Ranting yg mengeluarkan buah ni jadi bengkok sbb terlampau berat. Pembaris pjg tu 30cm, buah terung tambah lagi lbh kurang 10 cm.

      Delete
  2. Assalam en.adry,

    kalo 39cm mmg sangat panjang....mcm mana dia boleh jadi panjang mcm tu. adakah sebab variety,enadry pakai baja ape ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Ibu Qis,

      Buah terung yg ni adalah yg terpanjang sejak pokok terung panjang ungu berbuah. Buahnya memang dah pjg dan besar tapi yg bersaiz gergasi berbanding yang sebelum ini. Pokoknya dh melebihi paras 2 meter tinggi, nak tuai buahnya saya kena dok kat bawah pokok. Macam nak tuai buah nangka pulak..hehe..

      Saya tak pernah gunakan sebarang jenis baja utk buah. Cuma buh baja masa anak pokok masih kecil utk diorg membesar dgn sihat dan kuat.

      Delete
  3. Salam en adry. MashaAllah tk penah tgk terung sepanjang dan sebesar ni. Lumayan tu.. Tahniah. En Adry, napa bunga terung saya asyik gugur je ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam @na,

      Bukan saja @na tapi saya sendiri pun belum pernah tgk atau jumpa lagi terung gergasi ni. Masa nak tuai pun terkejut tgk saiznya. Terung jenis apa yg @na tanam tu? Dah lama ke ia berbunga? Biasanya bunga terung gugur semasa awal ia berbunga dan akan menjadi buah selepas itu.

      Delete
  4. sebiji dah cukup utk seklai masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebiji terung ni dah mewakili 3 atau 4 biji terung saiz biasa. Cukup utk sekali masak.

      Delete
  5. kena bagi gergasi makan ni, buat sayur buka posa...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau gergasi jenis vegetarian tu ok la nak bagi mkn buah terung ni. Sebiji tak cukup kot.

      Delete
  6. Assalam En daun, panjangggggnya, memang luar biasa la , first time akk tgk ni, patutnya en daun ukur dgn yg saiz biasa, baru dpt tgk panjangnya dgn lebih jelas lagi heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak rosa,

      Luar biasa pjg terung ni sbb tak penah tgk sblm ni. Ambik gmbr td nk cepat, tak letak yg lain sbg perbandingan.

      Delete
  7. alamak...kalau kak t nak masak sepanjang Ramadhan tak habis ni, sehari potong 2 inci dah cukup cover berbuka & sahur...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau kak t mkn 2 inci sehari, sebulan baru habis mkn terung gergasi ni.

      Delete
  8. Assalam Adry,
    Alhamdulillah perolehi hasil yang menakjubkan tu! Masak apa agaknya? Kalau dimasak lemak, kenalah sebiji kelapanya, hihi. Ada tak petua supaya terung kita kurang biji di dalamnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...hasil dr kebun kecil agk memuaskan hati saya dan ada juga yg memberi kejutan kpd tuannya.

      Terung warna ungu sedap dimasak kari. Petua utk kurangkan biji tu tak ada rasanya. Kita harap MARDI dpt hasilkan klon terung tanpa. Terung gergasi ini juga hasil kejayaan mereka.

      Delete
  9. boleh beberapa kali msk tu, buat ulam cicah sambal belacan grg pon sedap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh masak byk kali dgn terung ni. Utk buat ulam saya lbh suka terung hijau.

      Delete
  10. assalam En Adry.. hmm kalau K Mar dapat tuaian macam ni!!! ni lagi semangat ni nak semai semula terung ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak mar,

      Kak Mar semai la biji benih terung semula. Terung antara pokok sayuran yang liat nak bercambah dan ia sgt disukai oleh semut. Biarpun cabaran utk tanam terung agak tinggi tapi bila dpt hasilnya, kita puashati.

      Delete
  11. Terung jenis ni, baguskan Adry..tak banyak biji dan isinya manis bila dibakar.
    Pokok yang saya tanam masih terus berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji terung jenis ni tak byk tapi isinya kurang padat berbanding terung hijau. Bila kita tanam sendiri, pastinya yg betul2 segar dapat kita mkn dan rasa isinya lebih manis, yg hijau sedikit pahit. Pokok terung saya berbuah dalam tempoh yg panjang. Belum ada tanda2 ia nak bersara dari berbuah ni.

      Delete
  12. Salam, en Adry, saya bnyk tanam trung pnjag ni, tapi x mau berbuah buah, bila bunga kmbag je,gugur, dh giv up dh, ape petua bgi buah lekat

    ReplyDelete
  13. Salam, en Adry, saya bnyk tanam trung pnjag ni, tapi x mau berbuah buah, bila bunga kmbag je,gugur, dh giv up dh, ape petua bgi buah lekat

    ReplyDelete
  14. Salam, en Adry, saya bnyk tanam trung pnjag ni, tapi x mau berbuah buah, bila bunga kmbag je,gugur, dh giv up dh, ape petua bgi buah lekat

    ReplyDelete