Thursday, December 10, 2009

Ubi Badak

Bentuk daun ubi badak putih

Daun ubi badak purple/ungu

Ubi badak putih


Nama botani : Dioscorea alata L
Nama lain : Ubi besar, greater yam

Pengenalan

Ubi badak popular di kalangan masyarakat Melayu di Pantai Timur Malaysia terutama di Kelantan. Ubi ini di tanam kerana permintaan terhadap ubi badak ini tinggi apabila tiba musim tengkujuh, iaitu antara November hingga Disember. Ubi badak tidak ditemui di luar daripada negeri Kelantan dan Terengganu. Tidak ramai yang mengenali rupa ubi badak ini apatah lagi hendak merasa kesedapan isi ubi badak.
Kegunaan

Terdapat dua jenis ubi badak yang menjadi pilihan iaitu ubi badak putih dan ubi badak ungu. Ubi badak putih dan ungu biasanya direbus dan dimakan begitu sahaja kerana isinya agak manis. Ubi ini juga boleh dibuat pengat dan beberapa jenis kuih tradisional Kelantan seperti 'koleh'. Kuih seakan tepung talam. Ubi badak ungu boleh dijadikan kerepek.

7 comments:

JahRera said...

salam tuan rumah,

rasanya ubi badak ini orang Okinawa (pulau2 di selatan Jepun) panggil dgn nama beni imo. Imo ini sudah dicopyrightkan di Okinawa, bermakna ia khas untuk tanaman di Okinawa sahaja. Tak sangka pula beni imo/ubi badak ada di Kelantan.

wassalam.

Adry@Daun said...

Salam JahRera,
Ubi badak ni merupakan tanaman bermusim di Kelantan. Ubi badak ini dan beberapa jenis ubi lain telah ditanam sejak sekian lama oleh petani di Kelantan. Yg kat Jepun betul ke sama dgn ubi badak yg ni. Ubi badak merupakan tumbuhan beriklim tropika. Dn ianya tumbuh secara meliar di dalam hutan M'sia. Thanks ye kongsi info menarik ni.

FreesiaStar said...

I love this ubi badak, teringat masa kecil musim bah makan ni

Adry@Daun said...

Ubi badak ni hnya tdapat di Kelantan shj. Jadi, siapa yg pernah mkn ubi jnis ni biasanya org Kelate atau yg pernah tinggal di Kelantan. Ubi badak ni sy bawa ke utara dn ditanam. Setiap thn blh tuai hasilnya.

Lavender Rhea Hana said...

ubi badak banyak kt negara afrika n nigeria juga..p kalo kt msia mmg kt kelantan terengganu je plg banyak

Adry@Daun said...

Kat benua Afrika pn ada ye ubi badak ni. Mgkn hmpir seluruh dunia yg cuacanya sesuai ada pkk ubi badak ni. Filipina, Jepun pn ada pkk ubi jenis ni. Lavender Rhea Hana biasa tinggal di benua Afrika ye. TQ kongsi info.

Lavender Rhea Hana said...

sy xbiasa tinggal kt nigeria.tapi sy sedang jalankan kajian tentang anatomi dioscorea alata neyh. kalo search jurnal luar mmg byk kajian how nk high kan yield n nk produce mcm2 makanan guna ubi ne..syg nya kt msia cm dipandang sepi je.masyarakat kelantan n timur je yg kenal. p sy lebih kepada kajian anatomi di makmal.tapi saya ada germplasm collection jugak kt ladang kampus.:D