Tuaian kali ini sebahagian besarnya untuk diberikan kepada kawan-kawan, tuan kebun ambil sikit untuk sekali makan. Terung panjang ungu adalah hasil daripada sepokok saja. Pokoknya sekarang dah melepasi ketinggian 2 meter dan sentiasa tumbang/senget biarpun ditongkat dek kerana berat daun serta buahnya. Labu botol dibungkus dengan plastik untuk mengelak serangan lalat buah yang cukup berminat dengan buah labu comel ini. Labu botol mesti dibungkus sebaik saja bunganya kering, jika terlepas pandang pasti lalat buah akan menyuntik telurnya. Buah labu botol perlu dibungkus keseluruhannya dan sekiranya bahagian atas buah terdedah, lalat buah tetap akan menyerang. Paling teruk, buah yang dah dituai pun diserangnya juga sekiranya kita biarkan terdedah. Sebarang jenis racun adalah dilarang sama sekali dalam kebun kecil saya. Yang mana dapat kat kita, Alhamdulillah.. Yang dapat kat penyerang tu biarlah itu rezeki mereka, kira sedekah kepada penghuni alam
VIP Dedaun Alam
Showing posts with label terung panjang hijau. Show all posts
Showing posts with label terung panjang hijau. Show all posts
Saturday, July 6, 2013
Thursday, May 30, 2013
Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 30/05/13
Dalam bekas ini ada lapan jenis tuaian segar dari kebun kecil. Dapat tak bezakan lapan jenis tuaian tersebut? Salah satunya, tak kelihatan dalam foto kerana bersaiz kecil dan terperosok di bahagian bawah bekas iaitu cili hutan.
Tuaian segar dari kebun kecil dibuat pagi tadi. Hanya ada tiga jenis sayuran baru dalam tuaian kali ini iaitu terung panjang ungu(dah dituai sebelum ini tapi tak diambil fotonya), labu botol(atau labu air?) dan cili hijau/merah panjang. Labu botol merupakan tuaian pertama. Cili Kulai King berterusan memberi hasil yang sangat memuaskan. Cili solok masih berbuah biarpun tak begitu lebat. Terung panjang hijau adalah hasil daripada pokok nan sebatang tapi ia sudah memadai buat penanamnya.
Sunday, April 7, 2013
Kebun Kecil Tepi Pagar - Terung Panjang Hijau
Inilah satu-satunya pokok terung panjang hijau yang ada dalam kebun kecil saya. Tanam 5 pokok tapi yang lain hanya sempat melihat dunia untuk sementara saja. Serangan serangga perosak semasa anak pokok masih kecil menyebabkan mereka musnah. Tinggal sepokok untuk meneruskan kelangsungan hidup dan berbakti kepada penanamnya.
Bunga terung panjang hijau yang mekar dan akan menghasilkan buah.
Tuaian segar dari kebun yang pertama terung panjang hijau bersama hasil tanaman yang lain. Sekali tuai daripada sepokok yang ada, dapat tiga biji. Cukup untuk sekali masak/makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)