Tuaian kali ini sebahagian besarnya untuk diberikan kepada kawan-kawan, tuan kebun ambil sikit untuk sekali makan. Terung panjang ungu adalah hasil daripada sepokok saja. Pokoknya sekarang dah melepasi ketinggian 2 meter dan sentiasa tumbang/senget biarpun ditongkat dek kerana berat daun serta buahnya. Labu botol dibungkus dengan plastik untuk mengelak serangan lalat buah yang cukup berminat dengan buah labu comel ini. Labu botol mesti dibungkus sebaik saja bunganya kering, jika terlepas pandang pasti lalat buah akan menyuntik telurnya. Buah labu botol perlu dibungkus keseluruhannya dan sekiranya bahagian atas buah terdedah, lalat buah tetap akan menyerang. Paling teruk, buah yang dah dituai pun diserangnya juga sekiranya kita biarkan terdedah. Sebarang jenis racun adalah dilarang sama sekali dalam kebun kecil saya. Yang mana dapat kat kita, Alhamdulillah.. Yang dapat kat penyerang tu biarlah itu rezeki mereka, kira sedekah kepada penghuni alam
VIP Dedaun Alam
Showing posts with label labu botol. Show all posts
Showing posts with label labu botol. Show all posts
Saturday, July 6, 2013
Wednesday, June 12, 2013
Labu Botol
Buah labu botol yang sedia untuk dituai. Para-para atau dalam bahasa modennya, trellis dibuat menggunakan batang buluh madu.
Selain buah, pucuk labu botol juga boleh dijadikan sayuran sepertimana pucuk labu jenis lain. Ia sedap dimasak lemak putih/kuning.
Labu botol atau nama botaninya, Lagenaria Siceraria tergolong dalam famili Cucurbitaceae iaitu sama dengan labu biasa, timun dan petola. Labu botol berasal dari benua Afrika dan kini ia banyak ditanam di kawasan bercuaca tropika. Ia juga mampu hidup di negara beriklim sederhana dan sejuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Pokok labu botol jenis memanjat ditanam menggunakan biji benih. Biji benih yang disemai bercambah dalam tempoh 5 hingga 7 hari. selepas dua minggu, pokok labu botol akan mula memanjat dan pembesaran agak cepat. Ia memanjat menggunakan sulur tendril yang kuat dan sulur ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian lebih panjang daripada yang satu lagi. Daun labu botol jenis ringkas, berselang seli, mempunyai bulu-bulu halus dan berbau.
Labu botol mula berbunga selepas kira-kira 3 bulan ia ditanam, bunga labu botol keluar pada ketiak daun dan berwarna putih. Kadar pertumbuhan menjadi lambat apabila pokok mula berbunga. Bunga betina lebih banyak daripada bunga jantan sekiranya cuaca sejuk dan berkurangan jika terdapat dua atau lebih buah labu botol dibiarkan matang dan masak. Pokok labu botol akan berterusan mengeluarkan hasil sehingga tujuh bulan. Buah perlu dituai semasa muda untuk menggalakkan penghasilan buah lebih lama. Buah labu botol mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Buah yang tua berkulit keras dan tahan lama. Isinya putih dan lembut.
kandungan yang terdapat dalam sebiji labu botol adalah 95% air, 3.5% karbohidrat, 0.4% protein, 0.1% lemak, mineral, fosforus, kalsium, Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C dan niasin.
Buah labu botol dimasak sebagai sayuran seperti masak bening, masak lemak putih, masak lemak kuning. dan ia juga boleh digoreng. Biji buah boleh dipanggang dan dimakan sebagai kuaci. Manakala minyak daripada biji labu botol dijadikan sebagai minyak masak. Selain buah, pucuk dan daun muda labu botol boleh dimakan sebagai sayuran.
Buah yang matang direbus dan air rebusannya dijadikan sirap herba untuk merawat sakit dada. Isinya yang direbus dan diminum air rebusannya dapat menyejukkan badan, melawaskan pembuangan air kecil, mengeluarkan batu karang dari pundi kencing, mengubati sakit perut/usus dan meredakan demam. Cecair daripada buah labu botol disapu pada kepala dan tapak kaki untuk menurunkan suhu badan akibat demam.
Bijinya yang ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi atau gusi untuk mengurangkan kesakitan. Bunga dan isi batang labu botol direbus dan diminum sebagai penawar racun. Buah labu botol yang tua dan dikeringkan dijadikan kraftangan, bekas menyimpan air, topi, alatan muzik, kerja seni(lukisan), pelampung dan lain-lain.
Thursday, May 30, 2013
Kebun Kecil Tepi Pagar - Segar Dari Kebun 30/05/13
Dalam bekas ini ada lapan jenis tuaian segar dari kebun kecil. Dapat tak bezakan lapan jenis tuaian tersebut? Salah satunya, tak kelihatan dalam foto kerana bersaiz kecil dan terperosok di bahagian bawah bekas iaitu cili hutan.
Tuaian segar dari kebun kecil dibuat pagi tadi. Hanya ada tiga jenis sayuran baru dalam tuaian kali ini iaitu terung panjang ungu(dah dituai sebelum ini tapi tak diambil fotonya), labu botol(atau labu air?) dan cili hijau/merah panjang. Labu botol merupakan tuaian pertama. Cili Kulai King berterusan memberi hasil yang sangat memuaskan. Cili solok masih berbuah biarpun tak begitu lebat. Terung panjang hijau adalah hasil daripada pokok nan sebatang tapi ia sudah memadai buat penanamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)