VIP Dedaun Alam

Wednesday, June 12, 2013

Labu Botol

Buah labu botol yang sedia untuk dituai. Para-para atau dalam bahasa modennya, trellis dibuat menggunakan batang buluh madu.

Selain buah, pucuk labu botol juga boleh dijadikan sayuran sepertimana pucuk labu jenis lain. Ia sedap dimasak lemak putih/kuning.

Labu botol atau nama botaninya, Lagenaria Siceraria tergolong dalam famili Cucurbitaceae iaitu sama dengan  labu biasa, timun dan petola. Labu botol berasal dari benua Afrika dan kini ia banyak ditanam di kawasan bercuaca tropika. Ia juga mampu hidup di negara beriklim sederhana dan sejuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Pokok labu botol jenis memanjat ditanam menggunakan biji benih. Biji benih yang disemai bercambah dalam tempoh 5 hingga 7 hari. selepas dua minggu, pokok labu botol akan mula memanjat dan pembesaran agak cepat. Ia memanjat menggunakan sulur tendril yang kuat dan sulur ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu satu bahagian lebih panjang daripada yang satu lagi. Daun labu botol jenis ringkas, berselang seli, mempunyai bulu-bulu halus dan berbau. 

Labu botol mula berbunga selepas kira-kira 3 bulan ia ditanam, bunga labu botol keluar pada ketiak daun dan berwarna putih. Kadar pertumbuhan menjadi lambat apabila pokok mula berbunga. Bunga betina lebih banyak daripada bunga jantan sekiranya cuaca sejuk dan berkurangan jika terdapat dua atau lebih buah labu botol dibiarkan matang dan masak. Pokok labu botol akan berterusan mengeluarkan hasil sehingga tujuh bulan. Buah perlu dituai semasa muda untuk menggalakkan penghasilan buah lebih lama. Buah labu botol mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Buah yang tua berkulit keras dan tahan lama. Isinya putih dan lembut. 
kandungan yang terdapat dalam sebiji labu botol adalah 95% air, 3.5% karbohidrat, 0.4% protein, 0.1% lemak, mineral, fosforus, kalsium, Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C dan niasin. 

Buah labu botol dimasak sebagai sayuran seperti masak bening, masak lemak putih, masak lemak kuning. dan ia juga boleh digoreng. Biji buah boleh dipanggang dan dimakan sebagai kuaci. Manakala minyak daripada biji labu botol dijadikan sebagai minyak masak. Selain buah, pucuk dan daun muda labu botol boleh dimakan sebagai sayuran. 

Buah yang matang direbus dan air rebusannya dijadikan sirap herba untuk merawat sakit dada. Isinya yang direbus dan diminum air rebusannya dapat menyejukkan badan, melawaskan pembuangan air kecil, mengeluarkan batu karang dari pundi kencing, mengubati sakit perut/usus dan meredakan demam. Cecair daripada buah labu botol disapu pada kepala dan tapak kaki untuk menurunkan suhu badan akibat demam.

Bijinya yang ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi atau gusi untuk mengurangkan kesakitan. Bunga dan isi batang labu botol direbus dan diminum sebagai penawar racun. Buah labu botol yang tua dan dikeringkan dijadikan kraftangan, bekas menyimpan air, topi, alatan muzik, kerja seni(lukisan), pelampung dan lain-lain. 

22 comments:

  1. Assalam, Adry
    Come lote sungguh buah labu botol tu. Juga para-paranya yang dibuat daripada buluh madu tu. Mesti labu tu manis macam madu bila disayur! Tak pernah tahu atau ketemu minyak biji labu. Pak Temuk jangka tentu mahal harganya. Di mana boleh diperolehi?

    ReplyDelete
  2. Wa'alakumusallam Pak Temuk,

    Labu botol memang comel lote bentuknya tapi ianya sangat digemari oleh lalat buah yang tak lepas peluang untuk menyuntik telur. Saya perlu bungkus buah selepas bunganya mengecut(masih putik). Buah labu labu cepat mebesar. Kalau hari ni kita tengok ia sebesar telur ayam, esok dah dua atau tiga kali ganda besar. Pokok buluh madu ada ditanam dan pembesaran rumpun sangat cepat bila kita tak ambil rebungnya. Rebung madu sebenar tak semanis madu sebab kita akan rasa sedikit pahit bila makan rebung yang dicelur. Saya rasa minyak daripada biji labu tiada dalam pasaran di Malaysia. Ia juga diproses sepertimana minyak biji bunga matahari.

    ReplyDelete
  3. Assalam che adry
    Betul kata pak temuk tuh..cantik shape labu tuh..mcm labu buyong ygdibuat ngan tanah liat kan..buluh yg che adry guna nampak kukuh dan tahan lama tuh ..sini susah nak dapat yg cenggitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam ummu,

      Saya pun suka dgn bentuk labu botol sbb ianya cantik. Ada sejenis lagi labu botol yang bentuk buahnya sama dengan labu sayong tanah liat tu tp benih payah nak dapat. Yang ni pun saya dapat drp bonda saya. Buluh yg saya guna tu bukan jenis liar tapi klon baru utk rebungnya iaitu buluh madu. Buluh ni jenis keras dan tebal. Bahagian pangkal batang buluh tiada lubang(mampat).

      Delete
  4. Salam Adry,

    Cantiknya labu air ni! Pak Aji suka makan ni masak sayur pedas. Katanya Rasulullah SAW memang suka makan labu. Buluh madu ni nampak macam x sama dengan yg dijual di nurseri dekat sini. Teguh nampaknya, x macam yg Mak Aji beli, agak halus buluhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam mak aji,
      Alhamdulillah..saya pun suka makan labu. Ikut sunnah Rasulullah(SAW). Labu botol ni sedap dimasak sayur pedas, boleh bubuh ikan bilis sekali. Masak bening(sayur air kata org Kelantan) pun sedap. Kalau nak masak lemak campur pucuknya juga sedap.

      Buluh madu ni dah lama ditanam. Pokoknya dah membesar dan merimbun. Ada rebungnya yang sebesar lengan. Buluh madu jenis keras dan kuat. Nak menebang pun payah sebab bahagian pangkal buluh tiada rongga. Mampat macam tebu.

      Delete
  5. Assalammualaikum Adry,
    cantiklah buah labu air ini.saya tak pernah tengok labu ni, kat luar selalu tengok dalam gambar je.Tahniah berjaya menanamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusallam cikgu,
      Benih labu botol ni saya dpt drp bonda saya kat kg. Dia tnm pkk labu botol dn byk buah yg tua di pokok. Saya ambil biji dan tnm kat sini. Buahnya bkn saja cantik tp sedap rasanya apabila dimasak.

      Delete
  6. singgah daripada blog kak Ummu Aidan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini. Nanti saya buat kunjungan balas.

      Delete
  7. Assalam En Daun, mmg sangat cantik labu ni,kulitnyan pun mulus sangat. Yg rumah bonda hari tu akk pun ada snap gambar, tp pokok tu dh mati kena potong batang dia ke serangga apa tah bonda kata huhu, sayang betul. Buluh madu akk takpernah mkn la.

    Eh dh lama nak tanya ni, nape tukar petak komen ya, susah nakkomen banyak2 post la mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak Rosa,
      L:abu yg dlm foto tak dibungkus, kalau yg bungkus dgn plastik lagi comel kulitnya. Warna kulit buah putih melepak. Serangga tak boleh gigit btg pokok labu botol ni sbb saiznya sebesar dua jari. Kalau tikus tu mungkin dpt gigit. Rebung buluh madu byk kat sini. Dah tak termakan, byk rebung yg tumbuh jadi buluh dah.

      Petak komen ni tukar ke embedded sbb senang nak reply komen guna smartphone, yg versi mobile dan nak reply kat tmpt org bg komen.

      Delete
  8. Assalamualaikum,
    saya singgah ke blog tuan ini secara tak sengaja semasa mencari maklumat tentang labu. saya dan keluarga suka sangat dengan labu, pucuk dan buahnya sekali. minta izin kongsi maklumat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikumusallam,
    Terima kasih singgah kat sini. Saya pn suka labu. Ok, blh nk kongsi info tentang labu ni.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih banyak2. Saya ambil sedikit catatan tentang khasiat labu untuk "dijadikan sirap herba untuk merawat sakit dada".

    ReplyDelete
  11. Salam en.adry. . Cntik labu tu. . Best buat sayur pedas air. . Nk tanya skit . . kt mana beli ank pokok buluh tu. . Teringn jgk nk tanam pokok bulh tu. . Dlm masa yg sama blh buat para pokok

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam emmatam,

      Labu botol ni memang sedap kalau buat sayur pedas air. Nak sedap lagi, buh ikan bilis dan kuah bagi pedas. Anak pokok buluh madu ada dijual di nurseri. Masa tgh hangat dulu, harganya RM7-RM12 sepokok. Buluh madu ni kalau kita buat penjagaan berjadual, ia boleh ditanam sbg pokok hiasan laman. Bila dibiarkan, ia akan merimbun.

      Delete
  12. Byknye khasiat labu ni Ye, yg sayur beninng tu yg buat terliur, heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Labu botol dan spesisnya byk khasiat sebab tu ada kaum tertentu yg gila makan labu. Sayur bening paling sedap utk labu jenis ni.

      Delete
    2. Salam..saya nk dapatkan benih labu sayong jika ada tolong imform yer

      Delete
  13. Bila masa sesuai untuk petik buah tuan?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete