VIP Dedaun Alam

Monday, June 25, 2012

Kuih Buah Tanjung

Kuih buah tanjung

Ramadhan semakin dekat dan bila tiba bulan puasa, kuih buah tanjung menjadi satu kemestian dan kuih yang mesti ada ketika itu. Kuih buah tanjung merupakan kuih tradisional yang berasal dari Kelantan. Biasanya kuih ini hanya dijual dengan banyak dalam bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa. Kuih ini tidak dimakan sebagai juadah atau kudapan tapi sebagai pencuci mulut kerana rasanya yang sangat manis. Kuih tradisional ini dibuat dengan bahan-bahan yang mudah namun cara untuk membuatnya memerlukan sentuhan seni dan kesabaran. Acuan tidak digunakan untuk membentuk seperti buah tanjung, hanya sentuhan tiga jari menjadikan bentuk dan saiz kuih ini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih buah tanjung ialah tepung beras, tepung pulut, kuning telur itik, gula, daun pandan, air dan bunga cengkih. Tepung pulut, tepung beras yang digoreng tanpa minyak dan kuning telur itik(dipukul hingga kembang) diadun dan diuli hingga menjadi doh yang lembut. Guna tiga jari untuk membuat bentuk dan saiz seakan buah tanjung. Kerja membentuk perlukan kesabaran kerana ia perlu dibuat satu demi satu sehingga doh habis. Setelah siap dibentuk, kuih ini dimasak dalam air yang dicampur gula, bunga cengkih dan daun pandan sehingga masak.

6 comments:

  1. assalam.. kuih ni kalau blk klate yg akan abe cari....

    ReplyDelete
  2. As salam ayu,
    Kalau blik kg, bkn kuih ni saja yg dicari... Akok plg utama sbb takdop kat tmpt lain.

    ReplyDelete
  3. As-salam, ADRY
    Kuihnya cantik, pinggannya molek. Manis kuih tentu membantu mengembalikan tenaga orang yang berpuasa. Agaknya, 3 jari yang mahir boleh juga membentuk buah lain dengan ayunya, ya Adry? Hehehe, dah terbayang-bayang pula pasar Ramadhan!

    ReplyDelete
  4. simple je cara masaknya ya, tapi mesti sedap, nak try la nanti

    ReplyDelete
  5. @Temuk
    As salam cikgu,
    Kuih buah tanjung ni cantik dgn bentuk dan warnanya kuning keemasan asli drp kuning telur itik. Kuih tradisional letak dlm pinggan bunga kangkung yg antik ni pasangan yg sepadan. Manis kuih membantu kembalikan tenaga tp manisnya tak blh berlebihan. Ya, tiga jari yg mahir juga blh membentuk buah yg lain spt nona(tart nona), gajus(biskut gajus) dan lain2. Ramadhan semakin dkt, bazar Ramadhan dh jadi kemestian di bln puasa.

    ReplyDelete
  6. @mat jon
    Cara msk kuih agak simple tp kerja nk membentuk buah tanjung tu yg org tak thn. Blh skt blkg nk siapkan.. Nk try tu blh tp kena tunggu bln puasa sbb kuih ni byk dijual dlm bln Ramadhan.

    ReplyDelete