VIP Dedaun Alam

Sunday, June 17, 2012

Gasing Terbang

Gasing terbang adalah permainan tradisional rakyat Kelantan. Gasing terbang berpusing sehingga hampir tiga jam lamanya.

Setiap gasing bersaiz kira-kira 15 cm dengan berat lebih kurang 4 kg. Lilitan timah pada bahagian untuk memberi tambahan berat kepada gasing terbang dan membolehkannya berpusing lebih lama dan seimbang. Tiang berukiran pada bahagian tengah gasing hanya sebagai hiasan, ia dihasilkan daripada aluminium.

Kayu yang biasa digunakan untuk menghasilkan gasing terbang adalah merbau dan membaru. Gasing dalam foto menggunakan kayu yang unik. Mengikut pemilik/pembuat gasing ini, kayu yang digunakan ialah kayu dedalu pokok getah (dedalu yang menumpang pada batang pokok getah). Bahagian kiri gasing dalam foto adalah kayu getah dan sebelah kanannya kayu pokok dedalu. Kayu jenis ini bukan mudah ditemui.


Kenapa permainan gasing ini dipanggil gasing terbang? Sila lihat video yang dirakam di bawah. 


6 comments:

  1. dulu masa kecik2 main gasing yg bodoh2 tu je..

    ReplyDelete
  2. Hehe..org pompuan pn main gasing jugak rupanya. Gasing bodoh2 tu yg maman? Gasing yg putar dgn jari tu ke?

    ReplyDelete
  3. Jarang2 tgk tu kira ok lagi, saya first time tgk org baling gasing terbang ni secara live. Sblm ni tgk dlm tv je. Bkn mudah nk tgkp gasing yg terbang tu.

    ReplyDelete
  4. 4kg?? Memerlukan kekuatan tgn gak utk membalingnya kan?

    ReplyDelete
  5. Gasing terbang ni seketoi beratnya lbh krg 4 kg. Yg buat gasing ni berat adalah lilitan besi timah pd bhgn tepi gasing. Saya ankgat dua2 gasing dlm foto..mmg berat. Diorg jual gasing dgn hrga RM100 sebuah. Utk membalin gasing ni sememangnya perlukan kemahiran yg tinggi. Nk lilit tali pd gasing pn bkn senang. Tali kena ikat pd tiang atau pokok sblm melilit tali pd bhgn ats gasing.

    ReplyDelete