VIP Dedaun Alam

Monday, January 16, 2012

Cynocephalus Variegatus & Cocos Nucifera

Mana kepala, mana ekornya? Cynocephalus variegatus atau nama manjanya, kubung sedang tidur dengan bergayut di pelepah cocos nucifera. Kubung adalah mamalia nokturnal, ia tidur pada siang dan aktif bila malam menjelma.

Kubung dah terjaga dari mimpi indah. Cahaya flash kamera membuatkan tidurnya terganggu.

Haiwan comel dan jinak ini sekadar memandang tanpa berusaha untuk melarikan diri. Kubung sebenarnya tidak dapat melihat dengan baik pada waktu siang. Boleh dikira ia spesis haiwan yang rabun siang.

Tetap setia melekap pada pelepah pokok kelapa. Pokok kelapa menjadi tempat kegemaran kubung untuk berehat dan tidur pada waktu siang. Selalunya ia berada di bahagian pangkal pelepah (bahagian tandan buah) jika tidak diganggu atau terganggu oleh sesuatu.

Nota : Kisah dan info mengenai kubung boleh dibaca di sini dan sini

14 comments:

  1. Mata dia bercahaya sbb kena flash kamera tu. Ce tgk n3 kubung yg sblm ni. Kubung ni mmg comel. Lbh comel drp keroro..hehe,,

    ReplyDelete
  2. uihhh takut tgk mata kubung tu, merah menyala, rasanya mmg susah nk tgk yg betul2 kubung ni

    ReplyDelete
  3. mata dia merah sebab flash ke mmg mata dia cmtu?

    ReplyDelete
  4. As-salam
    Kubung tu adikberadik kelawarkah? Semasa kecil saya tinggal di kebun kelapa, tetapi tak pernah melihat haiwan begitu melekap pada pelepah kelapa. Yang biasa saya lihat ialah kelawar yang (mungkin) tidur dalam pucuk pisang yang hijau muda dan masih bergulung, atau pada buah pisang yang masak di pokok.

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza
    mata kubung tu bersinar sbb cahaya flash kamera. Tmpt yg dia landing tu agk gelap, kna guna flash. Kubung ni pyh nk jumpa sbb ia hanya terdapat di tempat tertentu shj.

    ReplyDelete
  6. @alla
    Mata kubung tu comel la. Mcm mata teddy bear. Kalau nk tgk mata kubung yg tak kena flash, alla klik link perama tu.

    ReplyDelete
  7. @Temuk
    As salam cikgu,
    Kubung bkn spesis kelawar atau keluang. Ia adalah spesis dlm famili cynocephalidae. Famili ini hanya terdiri drp spesis kubung shj. Kubung sebenarnya haiwan purba yg msih hidup hingga skrg sptmana kura-kura dan pepatung. Kubung jarang keluar pada waktu siang kecuali tempat persembunyiannya diganggu. Saiz kubung jauh lebih besar drp kelawar atau keluang dan ia lbh besar drp tupai. Badannya sebesar kucing tempatan. Dan plg menarik ia melayang bukan terbang spt spesis kelawar.

    ReplyDelete
  8. X penah tgk seumur idup ni, first time nih, jenis sm cm spesis kelawar ke? Siang x nmpk sgt...hhehehe

    ReplyDelete
  9. Kubung ni spesis mamalia purba yg hampir pupus. Tak byk tmpt di Malaysia yg ada kubung. Mmg penglihatan kubung mcm kelawar atau keluang, siang hari x berapa nk nmpk tp bila mlm...kubung aktif bergerak dan melayang ke sana kem ari utk mencari makanan.

    ReplyDelete
  10. susoh nok jumpo ibu goni......apo bezo dio denge kelawar atau kluang.........buleh royat dih.....he..he...

    ReplyDelete
  11. @zul permatang badak
    Meme payoh nok jupo dgn mugo kubung ni. Maso kecik2 dulu, dgr ore2 tuo kato kubung tp tak beso tgk lagumano kubung ni. Bila dh mudo 'bunker'(baca: bangka..haha..), baru buleg tgk kubung yg hidup bebas. Bezo kubung dgn keluang atau kelawar amat ketara. Kelawar dn keluang tu dlm famili yg sama tp kubung dlm familinya tersendiri iaitu, cynocephalidae. Dlm famili ni hnya ada spesis kubung saja. Kubung jauh lebih besar drp kelawar atau keluang dan ia tak blh terbang. Kubung hanya meluncur atau melayang spt tupai terbang. Jika berada pada pokok ia seolah merayap2 menggunakan keempat2 kakinya. Ia juga blh berjalan dgn cara bergayut spt dlm foto. Kubung sebenarnya lbh besar drp tupai yg dok kerik buoh nyo dn duriye tu. Malah ia jauh lbh besar drp kucing. saiznya lbh krg sama dgn musang pulut tp badan lbh pendek sbb takdok ekor.

    ReplyDelete
  12. @kasihibu
    Memang besar kubung ni. Lbh besar drp kucing yg org dok bela tu. Ia jinak dan tidak berbahaya kpd manusia. Cuma jika terdesak, ia akan mempertahankan diri dgn cara menggigit.

    ReplyDelete