VIP Dedaun Alam

Thursday, October 22, 2009

Semambu

Rupa pokok semambu atau neem

Daun semambu yang bergerigi

Nama botani : Azadirachta indica
Nama lain : Neem, laksamana

Pengenalan

Pohon semambu dikenali dengan panggilan neem( dalam bahasa inggeris), Laksamana atau nama saintifiknya Azadirachta indica merupakan pohon yang kaya dengan unsur-unsur semula jadi yang digunakan dalam perubatan Ayurveda sejak lebih 2,000 tahun lamanya. Rupanya unik dengan tepi daunnya bergerigi jelas dan agak tajam. Di bahagian atas daun kelihatan jalinan uratnya yang lebih jelas dengan berwarna sedikit kekuningan. Ia juga mempunyai buah serta bunga yang berbau harum dan boleh ditemui di tepi-tepi jalan.

Kegunaan

Bagaimanapun, di India pokok ajaib ini ditanam dan dikomersialkan serta dibuat penyelidikan bagi mengekalkan keasliannya. Bermula daripada akar, ranting, daun, bunga, buah dan bijinya mempunyai khasiat dan keistimewaan yang pelbagai. Ia telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, jangkitan, demam, penyakit kulit dan masalah gigi sejak dahulu lagi. Malah, daun mambu yang bersifat antiserangga juga boleh digunakan untuk mengelak serangan serangga pada tanaman.

3 comments:

  1. boleh tanya kat mana boleh dapat buah mambu nie ye??

    ReplyDelete
  2. Pokok semambu atau mambu ni byk org tnm sebagai pokok hiasan tepi jalan dan taman. Nak dptkan buahnya kena tunggu lepas ia berbunga. Fiena nak buat apa dgn buah mambu ni? Kalau nak semai anak pokok, rasanya lebih baik beli anak pokok di nurseri.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. boleh sy tanye dekat mane ye nak dpat kan buah pokok mambu. sy perlu buah tu buat kajian pelajaran sy. kalau tuan/puan tahu boleh email dekat sy Nikrashdan90@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete