Pokok parsli
Famili : Umbelliferae (Ammiaceae)
Pengenalan
Parsli merupakan sayuran ini berasal dari Mediterranean. Ia kini banyak ditanam di negara beriklim tropika terutama di kawasan tanah tinggi. Daun parsli sering digunakan sbagai penghias masakan kerana bentuk daunnya yang menarik.
Kegunaan
Parsli sebenarnya kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Buah dan akar parsli yang dihancurkan air boleh digunakan sebagai tonik untuk rambut dan penawar utnuk merawat nafas berbau. Ia juga membantu melawaskan pembuangan air kecil dan menurunkan tekanan darah. Parsli juga dipercayai dapat membantu meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak. Dan parsli yang dihancurkan kemudian ditampal pada tempat berkenaan dapat merawat bengkak, calar, lebam, luka, terseliuh dan gigitan serangga. Ia juga dapat menghentikan penghasilan susu ibu jika ditampal beberapa kali pada payudara. Ibu hamil dan ingin hamil tidak digalakkan menggunakan parsli sebagai herba perubatan kerana ia mengandungi apiol yang boleh menyebabkan keguguran. Anda juga tidak boleh memakan parsli secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada buah pinggang, hati dan sistem penghadaman (perut).
Daun parsli mengandungi 9% air, 41% karbohidrat, 22% protein, 4% lemak, 10% fiber(serat), asid folik, furanokoumarin, glukosid, mineral, minyak esen, pro vitamin A, vitamin B1, B2, B3, B6 dan vitamin C.