Pokok keladi bunting atau water hyacinth
Keladi bunting atau nama botaninya, Eichornia crassipes merupakan tumbuhan akuatik yang berasal daripada Amerika Selatan. Ia dibawa masuk ke Malaysia sejak lama dulu sebagai pokok hiasan dan kini ia membiak dengan banyak terutamanya di kawasan paya, tasik, lombong dan lain-lain kawasan berair tenang. Keladi bunting hidup secara terapung seperti kiambang dan akar rerambut berfungsi sebagai penyerap nutrien daripada air. Bahagian pangkal batang atau pelepah keladi yang 'bunting' bertindak sebagai pelampung. Keladi mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu atau merah jambu seakan orkid dan keluar mengikut musimnya.
Keladi bunting yang ditanam sebagai pokok hiasan akuatik ini juga boleh dijadikan makanan ternakan dan ikan. Fungsi terpenting keladi bunting ini adalah mengurangkan pencemaran air kerana ia menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis.