VIP Dedaun Alam

Showing posts with label duku palembang. Show all posts
Showing posts with label duku palembang. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Duku Palembang, Rindu Terlerai

Duku palembang merupakan spesis duku yang jarang ditemui ditanam. Duku jenis ini menjadi kegemaran kami sekeluarga. Pokok ini adalah generasi kedua dan dibawa dari kampung asal bonda saya di Pasir Mas. Generasi ketiga pokok ini ditanam oleh saya sebanyak 8 pokok di tempat saya tinggal sekarang untuk meneruskan legasinya. Anak-anak pokok yang ditanam berasal daripada pokok di foto ini.

Disebabkan saya tinggal jauh dari kampung, rindu pula nak makan buah duku palembang ni. Dah bertahun tak merasa kerana masa balik kampung, buahnya tiada kerana bukan musim berbuah atau telah lepas masanya. Dapat tengok pokok dan daun je.. Balik beraya tahun ni, buah duku palembang baru nak masak. Pagi-pagi raya pertama, saya terus petik buah duku yang masak(bukannya betul-betul masak lagi). Tu pun kena pilih sebab dalam setangkai(rujuk foto), buahnya ada yang masak dan belum masak sepenuhnya. Tak kisahlah janji dapat makan. Untuk info, buah duku palembang bersaiz kecil(besar sikit daripada guli kaca), isinya pejal dan lebih manis daripada dokong.

Isinya memang sedap dan manis. Tak percaya tanya la tebuan ni..hehe.. Serangga penghisap madu ni pun teruja dengan kemanisan buah duku palembang yang masak.

Tuesday, February 5, 2013

Kebun Kecil Tepi Pagar - Tanaman Luar Kebun

Anak pokok dokong daripada induk yang dibawa dari Thailand pada awal tahun 1980. Anak pokok ini disemai sendiri oleh saya.

Anak pokok duku palembang. Spesis duku yang kurang dikenali oleh generasi masa kini. Buahnya kecil dan rasanya isinya sangat manis. Disebabkan keunikan buah duku ini, saya tanam 8 pokok semuanya. Anak-anak pokok duku ini dibawa dari kampung dan disemai sendiri oleh saya.

Nangka madu. Nangka yang jadi pilihan sekarang. Ada dua pokok, sepokok lagi masih ada dalam polibeg. Selain nangka, duku dan dokong, belimbing madu juga ditanam. akan menyusul selepas ini, pokok katak puru(nam-nam), mulberi dan lain-lain.