Bunga petola yang sudah lama tidak saya lihat. Kali terakhir lihat bunga petola ular ialah semasa sekolah rendah. Waktu itu, petola ular ditanam oleh bonda saya di kawasan tepi rumah. Saya sendiri dah lupa bentuk bunga petola ular ni. Bunga ini mekar pagi tadi dan ia adalah bunga yang pertama daripada pokok yang saya tanam..
Bunga bendi singa. Bendi merupakan tumbuhan yang sama famili dengan bunga raya iaitu malvaceae. Selain bunga raya, ia juga berkongsi famili dengan roselle, kapas hantu, asam paya dan jerun.