Lada solok yang berbuah agak banyak biarpun pokok masih kecil dan ditinggalkan tanpa sebarang penjagaan selama 12 hari. Pokok lada solok ada dua pokok yang berbuah. Yang lain baru ditanam dan masih kecil.
Biarpun tanpa siraman dan kawalan serangan serangga perosak, kobis cina hidup subur. Ianya mengujakan tuan kebun biarpun ada yang mati atau rosak tapi peratusannya kecil.
.
Sawi putih tetap hijau walaupun saiznya mengecil daripada biasa. Perhatikan tanah sekitarnya kering dan merekah. Ada juga yang terencat pembesarannya. Sawi-sawi ini telah pun dituai, jumlahnya melebihi keperluan tuan kebun. Sebahagian diberikan kepada saudara-mara. Tuan kebun masih dapat masak sawi putih dua kali.
Biji bunga matahari dah pun menjadi benih. Saya kutip dan simpan untuk ditanam selepas ini.