Sepasang ayam hutan yang tidak lagi hidup liar dalam hutan tapi dalam kurungan hutan batu.
Ayam hutan adalah daripada genus Gallus dan ia dikenali sebagai nama Junglefowl. Genus ini milik famili Phasianidae. Spesis lain
dalam famili Phasianidae ialah ayam belanda, merak, kuang, dan puyuh. Ayam domestik dipercayai berasal daripada Red Junglefowl
dan berkongsi nama saintifiknya, Gallus Gallus.
Ayam dewasa bersaiz diantara 43 hingga 76 cm panjang. Bahagian kepala yang mempunyai telinga dengan corak putih dan balung
merah. Leher berwarna kekuningan dan bahagian belakang berwarna merah terang. Bahagian bawah badan gelap dan kaki berwarna
kelabu.
Ayam hutan hidup dalam keluarga yang tipikal iaitu terdiri daripada seekor ayam jantan dan beberapa ekor ayam betina.
Ayam hutan membiak dalam bulan Januari hingga November. Telur ayam hutan berwarna putih kekuningan dan biasanya ia bertelur
diantara 5 hingga 7 biji. Sarang ayam hutan dibina di atas tanah dengan mengais lubang cetek.
Ayam hutan memakan serangga seperti anai-anai, belalang, kelkatu, haiwan inverterbrata, buahan dan bijirin. Ayam hutan
termasuk dalam kategori haiwan yang dilindungi. Mereka yang mempunyai pengalaman memburu ayam hutan sering mengaitkan ayam hutan dengan kisah misterinya iaitu mereka ada 'penjaga'nya.