Ayam mutiara mepunyai sifat setiakawan yang sangat utuh. Biasanya mereka hidup dalam kumpulan dan tidak suka terpisah antara satu sama lain.
Ayam mutiara juga dikenali sebagai ayam api-api(di Kelantan ia dikenali dengan nama ayam api) dan ayam burung (utara Semenanjung). Ramai yang terkeliru antara ayam mutiara dan ayam belanda. Ayam mutiara dan ayam belanda adalah spesis yang berbeza. Ayam belanda bersiaz lebih besar dan lebih dikenali dengan nama ayam turki atau ayam piru. Terdapat beberapa spesis yang ada di Malaysia dan ia dibezakan melalui corak dan warna bulu. Antara spesis ayam mutiara adalah helmeted guinea fowl, vulturine guinea fowl, crested guinea fowl dan pied guinea fowl. Harga ayam mutiara di pasaran semasa agak tinggi iaitu RM60 hingga RM80 seekor (dewasa).