Amra merupakan nama panggilan bagi kedondong di kalangan penduduk kawasan utara semenanjung Malaysia. Kedondong atau nama botaninya, canarium sp. biasanya tumbuh liar di dalam hutan dan ketinggiannya mampu mencapai sehingga 35m. Kedondong tidak mempunyai musim dan berbuah sepanjang tahun. Terdapat klon baru pokok kedondong yang diperkenalkan di Malaysia. Ia lebih cepat mengeluarkan buah dengan saiz yang lebih besar berbanding kedondong hutan serta rasanya tidak terlalu masam seperti kedondong hutan. Buah kedondong biasanya dimakan mentah atau dibuat jeruk.
Buah kedondong dipercayai dapat merawat batuk. Caranya, ambil 2 atau 3 buah kedondong yang matang. Cuci buah kedondong sehingga bersih dan diparut. Perah parutan buah tadi tanpa menambah air. Jus yang terhasil tadi ditambah sedikit garam, minum 3 kali sehari.