VIP Dedaun Alam

Friday, October 12, 2012

Kebun Kecil Tepi Pagar - Bunga Selom & Pokok Buahan

Bunga selom daripada pokok yang ditanam menggunakan keratan batang yang dibeli dari pasar sebagai ulaman.

Salah satu daripada dua pokok mulberi yang disemai menggunakan keratan batang. Pokok mulberi mengambil masa yang agak lama untuk bertunas dan berpucuk.

Nangka madu yang disemai menggunakan biji benih daripada buah yang dibeli. Pokok yang disemai menggunakan biji biasanya tidak menghasilkan buah seperti induknya. Anak pokok ini akan di'kahwin apollo' dengan klon asli nangka madu.

Pokok markisa dah melilit pagar. 

Pokok pisang tanduk. Yang ni ditanam di luar kebun kecil.

Pisang nangka.  Antara koleksi pisang yang saya tanam setakat ini ialah pisang berangan kampung, berangan cavendish, abu, nipah, kapal dan mantan.





10 comments:

  1. pisang tanduk....sedap buat kerepek,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang bkn saja sedap dibuat kerepek, goreng pn sedap. Nk buat pengat pn ok. Saya pernah mkn segar/mentah pisang tanduk ni. Sedap juga rasanya tp terlalu byk utk dihabiskan..hehe..

      Delete
  2. Wah banyak tuh...bestkan bila dah berbuah nanti...kawasan kebun en. adry nampak redup jer..senang mata memandang..taklama lagi dapatla berulam selom kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la byk sgt, tnm skt2 je. Yg kat sebelah kebun kecil saya tu dusun rambutan, tu yg nmpk redup. Waktu ptg agak teduh sbb sinar mentari terlindung dek pokok (pkl 5pm ke bwh). Selom tu dh blh kutip utk mkn tp saya tak kutip pn lagi...

      Delete
  3. Assalam nape tukar petak komen, x best la mcm ni susah n malas nak ngomen lambat pulak tu huhu.

    Nanti hasilnya keluar col akk la boleh tulun g perabiskan heheh, rasa tak sabar nak tgk hasil2 dari kebun kecil ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam kak rosa,
      Saja nk tukar yg jenis embeded atau threaded ni. Sng nk jwb komen drp pembaca dibawah petak komen.

      Lps ni akak blh mai la tlg kutip sayuran. Hr ni dh tmbh lagi jenis pokok dlm kebun kecil.

      Delete
  4. boleh tanam nangka serta pisang luas juga kawasan rumah tu....
    ngapa tak buat kebun besar luar pagar.....he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan belakang rumah luas juga la, blh nk tnm pkk buahan serba sedikit. Kebun besar luar pagar sedang diusahakan tp hasilnya lmbt utk utk dituai berbanding tanaman dlm kebun kecil..hehe..

      Delete
  5. Replies
    1. Pokok bendi tu makin tinggi. Rasanya dh sama tinggi dgn nis. Pokok lain pn dh bsr, tak lama lagi keluar la buahnya.

      Delete